Haram hukum tanam pokok tanpa kebenaran tuan tanah, melainkan…

Haram hukum tanam pokok tanpa kebenaran tuan tanah, melainkan…


ISU berkaitan dengan menanam pokok di atas tanah orang lain hangat kebelakangan ini.

Persoalannya mengikut ajaran Islam, apakah boleh menanam pokok di dalam kawasan atau tanah orang lain? Bagaimana pula jika tidak diketahui siapa pemilik tanah tersebut?

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus ketika ditanya mengenai perkara ini menjelaskan, haram hukumnya menanam pokok di dalam tanah orang lain tanpa kebenaran tuannya.

“Hukumnya haram sekiranya tuan tanah tidak membenarkannya.

“Tapi kalau tidak diketahui tuan tanah atau dia sudah lama tidak datang, maka harus menanam pokok di dalam kawasan tersebut dengan syarat pokok yang tidak merosakkan tanah orang itu,” jelasnya di akaun YouTube miliknya pada Selasa.

USTAZ AZHAR

USTAZ AZHAR

Hurainya lagi, sebagai contoh, jika tuan tanah sudah lama tidak datang untuk menjenguk tanahnya, maka dibolehkan untuk menanam di atas tanah tersebut.

“Sejak dari kecil lagi tuan tanah tidak pernah datang ke tanah ini, maka kita pun tanamlah cili dua pohon.

“Jika tuan tanah datang dan dia tidak suka (akan pokok cili tersebut), maka wajib dicabut serta-merta,” ujarnya.

Oleh sebab itu katanya, ketika mahu membeli sebidang tanah, maka perlu dijelaskan akad pembelian tersebut, apakah ia termasuk dengan pokok di dalam kawasan itu atau sebaliknya.

JIKA tuan tanah sudah lama tidak datang, maka dibolehkan untuk menanam pokok yang tidak merosakkan tanah tersebut. Foto Canva

JIKA tuan tanah sudah lama tidak datang, maka dibolehkan untuk menanam pokok yang tidak merosakkan tanah tersebut. Foto Canva

“Kalau nak beli tanah, kena bincang baik-baik mengenai pokok buah di atas tanah, sebab kalau jual tanah, (maka) pokok tidak termasuk.

“(Jangan seronok) tengok pokok durian ada 40 batang. Kalau ia tidak ada dalam akad, tuan dia boleh alih (berkuasa) atas pokok itu.

“Jadi kena bincang baik-baik berkenaan pokok tersebut, apakah ia dijual dengan tanah atau sebaliknya,” jelasnya lagi.



Source link

OR

Scroll to Top