“Haram Ibu Bapa Guna Duit Raya Anak, Jika Terguna Wajib Ganti”

“Haram Ibu Bapa Guna Duit Raya Anak, Jika Terguna Wajib Ganti”


Pengacara dan pendakwah bebas, Amin Idris menitipkan pesanan kepada ibu bapa agar tidak sewangnya menggunakan duit raya yang diberikan kepada anak-anak.

Menerusi perkongsian di Facebook, Amin berkata amalan tersebut tidak dibenarkan jika wang tersebut digunakan bagi tujuan selain keperluan anak-anak.

BACA: Stesen TV Berhak Tarik Semula Gelaran Da’i – Amin Idris

“Haram ibu bapa guna duit raya anak-anak. Duit itu diberi khusus untuk anak-anak. Kalau nak guna sekali pun, hanya untuk keperluan khusus anak-anak.

“Bukan untuk keperluan umum seperti minyak kereta, sewa rumah atau barangan dapur. Jika terguna, wajib ganti semula,” katanya.

Sementara itu, Amin turut berkongsi hukum terhadap individu yang menggunakan harta orang lain tanpa izin.






Source link

OR

Scroll to Top