Pelakon Erra Fazira berkata tidak mudah untuk mengambil keputusan kembali mendirikan rumah tangga selepas 10 tahun bergelar ibu tunggal.
Memetik mStar Online, Erra berkata keputusan untuk berkahwin bukan kerana desakan mencari pasangan sebaliknya ingin teman hidup.
BACA: Erra Fazira, Mr E Nikah 12 Disember
“Kalau nak tunggu yakin mungkin akan banyak bisikan yang menakutkan tambah pula saya dah selesa hidup sendirian.
“Mr E dah hidup solo selama lapan tahun. Masing-masing dah rasa selesa. Tapi akhirnya fitrah manusia di peringkat usia ini mahu berteman.
“Kami bukan terdesak mencari pasangan tapi lebih kepada memikirkan jangka masa panjang untuk nak berteman dan kawab bicara di hari tua kelak,” katanya.
Berkongsi lanjut, Erra berkata kedua-dua belah keluarga sudah bertemu enam minggu lalu menghantar cincin tanda. Errta berharap agar perkahwinan kali ini penutup paling indah dalam hidupnya.
“Sebelum membuat sebarang keputusan kami telah berbincang terlebih dahulu dan apabila semuanya dah yakin dan pasti barulah kami jumpa keluarga masing-masing. Saya harap perkahwinan ini yang terbaik, terindah dan penutup,” katanya.
Semalam, Erra mengumumkan bakal berkahwin dengan usahawan dikenali sebagai Mr E pada 12 Disember ini. Majli nikah pasangan itu diadakan di Shah Alam dan akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada 13 Disember.
Sumber: mStar Online






