Harga runcit RON97 dan diesel turun tiga sen, RON95 kekal

Harga runcit RON97 dan diesel turun tiga sen, RON95 kekal


kartika@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Harga runcit RON95 kekal tidak berubah pada RM2.05 seliter, manakala harga RON97 dan diesel bagi Semenanjung masing-masing diturunkan tiga sen seliter bagi tempoh 15 hingga 21 Mei.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini berkata, harga runcit petrol RON97 turun sebanyak tiga sen seliter iaitu daripada RM3.10 kepada RM3.07 seliter, manakala harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.

MOF berkata, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turut turun sebanyak tiga sen iaitu daripada RM2.80 kepada RM2.77 seliter dan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” katanya.

MOF berkata, harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top