hartini@hmetro.com.my
Haiwan peliharaan biasanya dianggap teman ‘paling memahami’ selain mampu membantu meningkatkan kesihatan mental individu.
Tidak hanya memelihara semata-mata kerana anda sebagai pemilik terikat dengan tanggungjawab besar terhadap haiwan berkenaan.
Hakikatnya membela haiwan tidak hanya dengan menyediakan tempat tinggal dan memberi makan.
Memilikinya bermakna anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kebajikan haiwan berkenaan termasuk makan, kesihatan dan kebersihan selain perhatian.
Memetik info daripada laman rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN), dapatkan maklumat lengkap daripada bahan bacaan sama ada dari internet, buku atau kedai haiwan keperluan khusus untuk haiwan yang dimiliki.
Malah anda juga digalakkan untuk mana-mana kumpulan haiwan peliharaan bagi mendapatkan maklumat lanjut selain berkongsi pengetahuan.
Pada masa sama, haiwan peliharaan memerlukan pemeriksaan kesihatan berkala iaitu tiga bulan sekali selain perlu diberikan vaksin (imunisasi) serta ubat cacing.
Anda juga digalakkan membawa haiwan peliharaan berjumpa doktor sekerap mungkin dan bukan hanya ketika sakit.
Dari segi pemakanan pula, pastikan memilih dan membeli makanan haiwan peliharaan yang berkualiti dari segi kandungan vitamin serta mineral. Elakkan haiwan peliharaan daripada memakan makanan berbahaya.
Tidak ketinggalan, persekitaran bersih dan kondusif perlu menjadi keutamaan.
Haiwan peliharaan perlu dimandikan bagi tujuan kebersihan. Bulu kucing umpamanya, perlu disikat atau diberus.
Anda perlu menyediakan bekas pembuangan najis haiwan yang bersesuaian selain menukar pasir pembuangan najis itu apa bertukar warna selain perlu bersih setiap masa.
Makanan bahaya kepada haiwan peliharaan
Tumbuhan berbahaya kepada haiwan peliharaan
© New Straits Times Press (M) Bhd