Pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan amalan yang dilakukannya bagi menjauhkan diri daripada gangguan penyakit ain serta unsur negatif dalam hidupnya.
Menerusi satu podcast, Sakinah berkata dia turut menjaga kebersihan serta menjaga tenaga di dalam rumah.
BACA: Takut Penyakit Ain, Sharifah Sakinah Tak Nak Terlalu Tayang Suami
“Aku pastikan rumah tiada cicak, lipas dan tikus. Itu penjelmaan mereka. Sebab itu aku jaga tenaga dalam rumah. Kalau waktu maghrib, aku tutup semua lubang jamban,” katanya.
Sementara itu, Sakinah berkata dia turut mengamalkan mandian ais dan limau apabila berasa tidak sedap badan sekaligus ianya untuk membuang aura negatif.
“Mandi ais dan limau waktu maghrib dan sebelum subuh setiap kali rasa tak sedap badan. Itu sunnah, sangat bagus untuk buang aura negatif,” katanya.
Dalam pada itu, Sakinah berkata bergelar selebriti sememangnya sering menjadi perhatian ramai dan pandangan mata manusia yang mungkin rasa iri hati serta cemburu terhadap seseorang boleh memberi kesan.
“Jadi selebriti, hari-hari orang cemburu. Kadang-kadang mereka tak hantar pun, tapi bila tengok hantaran dalam media sosial, mereka menyumpah. Sebab itu aku jaga media sosial betul-betul. Aku masih bersangka baik, mereka taklah sampai pergi bomoh tunjuk muka aku,” katanya.