Hari rehat mingguan anggota bomba akan dimuktamatkan selewat-lewatnya 2 bulan lagi

Hari rehat mingguan anggota bomba akan dimuktamatkan selewat-lewatnya 2 bulan lagi


am@hmetro.com.my

Kuala Pilah: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan memuktamadkan pelaksanaan hari rehat mingguan (HRM) bagi anggota bomba dalam masa terdekat atau selewat-lewatnya dalam tempoh antara satu atau dua bulan lagi.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, keputusan mengenainya akan dibuat selepas pihaknya mengadakan sesi libat urus dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menurutnya, keputusan itu tidak boleh dibuat secara teresa-gesa sebaliknya penelitian rapi perlu dibuat terlebih dulu bagi mengelak sebarang masalah selepas sistem itu dilaksanakan.

“Cadangan JBPM ini baru JPA terima daripada KPKT dan kita akan kenal pasti dulu perkara yang boleh dibantu untuk permohonan mereka.

“Sekiranya permohonan berkenaan ada asas yang kukuh dan jelas, tidak ada sebab untuk tidak membenarkan,” katanya selepas majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI JPA, Sekolah Angkat MADANI dan Sambutan Hari Raya Bersama Penduduk Kampung Seri Menanti di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang menggesa JPA tidak membuat penangguhan pelaksanaan HRM bagi anggota bomba yang dijadualkan bermula 1 Mei ini.

Presiden CUEPACS Datuk Dr Adnan Mat dilaporkan berkata penangguhan HRM harus dibatalkan kerana ia adalah inisiatif penting bagi memastikan kesejahteraan anggota bomba yang selama ini menunjukkan tahap dedikasi dan pengorbanan tinggi dalam memastikan keselamatan rakyat serta negara.

Mengulas lanjut perkara itu, Wan Ahmad Dahlan memohon JPA diberikan masa untuk menyelesaikan perkara berkenaan secara tuntas dna terperinci.

“Sebenarnya JBPM yang agak awal sangat memaklumkan perkara berkenaan akan dilaksanakan pada 1 Mei sedangkan perbincangan tidak pernah dibuat pun sebelum ini.

“Saya mohon kepada CUEPACS supaya bersabar sedikit kerana di dalam kita melaksanakan apa juga dasar baharu penelitian menyeluruh perlu dilakukan supaya tidak berlaku keadaan di mana kita perlu membatalkannya semula sebaik ia dilaksanakan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top