Harimau Kumbang sedia tempuhi gelora SSI

Harimau Kumbang sedia tempuhi gelora SSI


Kipre Tchetche (kiri) dijangka mengetuai jentera serangan Penang FC di SSI.

PENANG FC sedar mereka bakal berdepan cabaran getir apabila turun menentang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi timbal balik suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri malam ini.

Selepas tewas tipis 1-2 kepada Harimau Selatan dalam aksi pertama di Stadium Bandaraya pada 17 Oktober lalu, skuad kendalian Wan Rohaimi Wan Ismail itu kini membawa misi besar untuk cuba mencipta kejutan di gelanggang lawan, sesuatu yang diakui bukan mudah dilakukan.

Menurut Wan Rohaimi, beliau amat menghormati kehebatan pasukan bimbingan Xisco Munoz itu yang mempunyai kualiti menyeluruh di setiap posisi, namun tetap mahu anak-anak buahnya turun dengan semangat juang tinggi untuk memberikan tentangan terbaik.

“Satu lagi perlawanan yang sukar untuk kami. Ketinggalan 1-2 dan bermain di SSI bukan tugas mudah.

“Saya harap momentum yang kami dapat selepas mengikat Kuching City dalam aksi Liga Super dapat diteruskan. Sekurang-kurangnya, kami mampu menyaingi JDT sepanjang 90 minit,” katanya.

Penang kini menunjukkan peningkatan ketara dalam beberapa perlawanan terakhir Liga Super apabila berjaya menewaskan Negeri Sembilan serta mencatat keputusan seri menentang Kuching City FC.

Situasi itu dilihat menyuntik keyakinan kepada skuad Harimau Kumbang untuk tampil lebih yakin walaupun sedar mereka bakal beraksi di hadapan ribuan penyokong JDT di SSI.

Ringkasan AI

  • Penang FC bakal berdepan cabaran getir menentang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) di suku akhir kedua Piala FA
  • Selepas tewas tipis 1-2 dalam aksi pertama, Penang FC membawa misi besar untuk mencipta kejutan di gelanggang lawan
  • Wan Rohaimi menghormati kehebatan JDT namun mahukan anak buahnya berjuang dengan semangat tinggi
  • Penang FC menunjukkan peningkatan ketara dalam Liga Super, menewaskan Negeri Sembilan dan seri dengan Kuching City FC
  • Keyakinan skuad Harimau Kumbang meningkat untuk tampil yakin walaupun beraksi di hadapan penyokong JDT di SSI



Source link

OR

Scroll to Top