Machuca telah menarik perhatian media Argentina yang mengesahkan penyertaannya dalam pasukan kebangsaan Malaysia. – Stadium Astro
SKUAD negara dijangka mengumumkan kehadiran pemain sayap warisan baharu, Imanol Machuca, menjelang perlawanan persahabatan tier 1 menentang Cape Verde di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini.
Imanol, 25, merupakan pemain sayap kelahiran Roldan, Argentina dan kini mewakili kelab divisyen utama negara itu, Velez Sarsfield, secara pinjaman daripada kelab Brazil, Fortaleza.
Imanol, 25, merupakan pemain sayap kelahiran Roldan, Argentina dan kini mewakili kelab divisyen utama negara itu, Velez Sarsfield, secara pinjaman daripada kelab Brazil, Fortaleza.
Dia dijangka menjadi pemain warisan baharu Harimau Malaya menjelang aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia menentang Vietnam di SNBJ pada 10 Jun ini.
Ia selepas laman media yang didekasikan khas buat Velez Sarsfield, Sabado Velez, melaporkan pemain itu akan mewakili Malaysia dalam masa terdekat.
“Imanol Machuca telah dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan Malaysia.
“Penyerang Velez itu telah dipilih untuk aksi kelayakan Piala Asia. Dia akan menentang Vietnam bagi aksi kedua Kumpulan F pada 10 Jun ini.
“Tahniah Ima,” kata laman berkenaan.
Selain itu, tular sekeping gambar Imanol mengenakan seragam Harimau Malaya menerusi sekeping gambar kiriman wartawan Argentina, Maxi Ertola. – Awani/ Stadium Astro