Harimau Malaya jatuh lima anak tangga

Harimau Malaya jatuh lima anak tangga


INFOGRAFIK: FAM

KEDUDUKAN skuad Harimau Malaya turun ke tangga ke-121 dunia dalam ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Berdasarkan kemas kini terbaharu yang diumumkan hari ini, Malaysia mengumpul 1,145.9 mata, merosot lima anak tangga berbanding kedudukan ke-116 sebelum ini.

Penurunan ranking itu susulan keputusan FIFA membatalkan dua kemenangan Malaysia ke atas Singapura pada 4 September dan Palestin (8 September).

Selain satu keputusan seri menentang Cape Verde pada 29 Mei lalu, selepas skuad negara didapati menurunkan pemain yang tidak layak.

Sehubungan itu, FIFA memutuskan Malaysia diisytiharkan tewas 0-3 bagi ketiga-tiga perlawanan berkenaan.

Selain pengisytiharan kekalahan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut dikenakan denda sebanyak CHF10,000 (kira-kira RM51,414). – Bernama

Ringkasan AI

  • KEDUDUKAN skuad Harimau Malaya turun ke tangga ke-121 dunia dalam ranking FIFA
  • Malaysia mengumpul 1,145.9 mata, merosot lima anak tangga
  • Penurunan ranking susulan pembatalan dua kemenangan Malaysia oleh FIFA
  • FIFA memutuskan Malaysia diisytiharkan tewas 0-3 bagi ketiga-tiga perlawanan
  • Persatuan Bolasepak Malaysia dikenakan denda CHF10,000



Source link

OR

Scroll to Top