Harimau Malaya ‘mengaum’ lagi, kini ranking 123 dunia

Harimau Malaya ‘mengaum’ lagi, kini ranking 123 dunia

Harimau Malaya ‘mengaum’ lagi, kini ranking 123 dunia


SKUAD Harimau Malaya terus menunjukkan perkembangan positif apabila melonjak ke tangga ke-123 dunia dalam kemas kini ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang diumumkan pada Khamis.

Kedudukan terbaharu itu menyaksikan skuad kendalian Peter Cklamovski naik dua anak tangga berbanding ranking ke-125 yang dicatat pada 10 Julai lalu.

Peningkatan tersebut adalah hasil daripada kutipan mata penting menerusi aksi kelayakan rasmi dan perlawanan antarabangsa kelas A sepanjang tiga bulan kebelakangan ini.

Antara keputusan paling berimpak tinggi adalah ketika Malaysia menewaskan Vietnam 4-0 pada aksi Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun lalu.

Momentum positif diteruskan pada September apabila Harimau Malaya meraih kemenangan tipis 2-1 ke atas Singapura dalam aksi persahabatan antarabangsa pada 4 September.

Empat hari kemudian, skuad negara menambah satu lagi kemenangan penting apabila menundukkan Palestin 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, menjadikan keseluruhan tiga kemenangan berturut-turut itu sebagai pemangkin utama kepada lonjakan ranking FIFA Malaysia.

Ranking dunia seterusnya akan dikemas kini pada 23 Oktober depan.

Ringkasan AI

  • SKUAD Harimau Malaya naik ke tangga ke-123 dunia dalam ranking FIFA
  • Kedudukan ini naik dua anak tangga dari ranking sebelumnya
  • Peningkatan berikutan kutipan mata dari aksi kelayakan rasmi dan perlawanan antarabangsa
  • Malaysia menewaskan Vietnam 4-0 dalam Kelayakan Piala Asia 2027 sebagai keputusan berimpak tinggi
  • Tiga kemenangan berturut-turut termasuk menundukkan Singapura 2-1 dan Palestin 1-0 menjadi pemangkin utama lonjakan ranking



Source link

OR

Scroll to Top