Harimau Malaya sedia tempuh cabaran gergasi Asia Tengah

Harimau Malaya sedia tempuh cabaran gergasi Asia Tengah


Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Tajikistan, Iran, Afghanistan. Foto:Malaysia NT

PENGENDALI skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski menyifatkan undian bersama Tajikistan, Iran dan Afghanistan merupakan cabaran yang dinantikan pasukan negara.

Cklamovski juga mengakui sudah menjangkakan akan berada dalam kumpulan yang mencabar dan melihat perkara itu sebagai peluang untuk menguji kemampuan sebenar pasukan negara.

Malaysia sebelum itu diundi dalam Kumpulan B Kejohanan Piala Negara Persatuan Bola Sepak Asia Tengah (CAFA) 2025 akan membuka tirai kejohanan menentang Tajikistan di depan penyokong tuan rumah pada 29 Ogos.

Kemudian anak buah Cklamovski akan menentang Iran pada 1 September, yang dilihat sebagai satu cabaran besar kerana pasukan itu merupakan pasukan yang berada dalam kedudukan tinggi ranking dunia serta layak ke Piala Dunia.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan pula akan menyaksikan Malaysia menentang Afghanistan pada 4 September.

INFO

Piala Negara-Negara CAFA 2025

Dushanbe, Tajikistan

Kumpulan B

Jumaat, 29 Ogos

TAJIKISTAN LWN MALAYSIA

Isnin, 1 September

MALAYSIA LWN IRAN

Khamis, 4 September

AFGHANISTAN LWN MALAYSIA



Source link

OR

Scroll to Top