Pelaksanaan kerangka Ekonomi MADANI yang diperkenalkan pada Julai 2023 kini menunjukkan hasil positif dan nyata kepada rakyat serta negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelbagai reformasi penting di bawah inisiatif itu telah membuahkan kejayaan termasuk pelaksanaan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal, Akta Perolehan Kerajaan serta penyasaran subsidi yang menjimatkan lebih RM15 bilion dana negara.
Ekonomi MADANI

Artikel lain: Tiada suara penghargaan! PM Anwar kecewa pembangkang ‘membisu’ bila ringgit mengukuh
Hasilnya, ekonomi terus kukuh dengan pertumbuhan KDNK suku ketiga tahun ini mencecah 5.2 peratus, defisit fiskal diunjur menurun ke 3.8 peratus, dan pelaburan baharu mencapai RM384.2 bilion.
“Ringgit kini antara mata wang terbaik di Asia, kadar pengangguran terendah dalam sedekad, gaji minimum meningkat ke RM1,700, gaji penjawat awam akan dinaikkan kali kedua tahun depan, dan ratusan ribu rakyat berjaya dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan tegar,” ujar beliau pada sesi jawapan menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Sumber: Instagram @Anwar Ibrahim






