Stuttgart: Ousmane Dembele menjaringkan hatrik ketika Paris Saint-Germain (PSG) mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas Stuttgart dan mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi tadi.
PSG berdepan risiko tersingkir selepas fasa kumpulan yang mengecewakan, dengan tiga kekalahan dan satu seri, namun mereka sangat dominan menentang Stuttgart sekali gus, mengesahkan tempat mereka dalam pusingan play-off.
Selepas enam minit beraksi, Bradley Barcola meletakkan PSG di hadapan menerusi tandukannya apabila Desire Doue membuat bola hantaran lintang hasil sepakan sudut.
Stuttgart cuba mencari gol penyamaan, tetapi PSG mencuri gol melalui serangan balas, dengan Dembele menyudahkan hantaran Barcola ke dalam gol yang kosong.
Sentiasa menjadi ancaman dalam serangan balas, Doue, Barcola dan Dembele bekerjasama lagi untuk gol ketiga PSG, dengan Dembele meledakkan bola dari sebelah kanan gol.
Dembele kemudian menjaringkan satu lagi gol yang hebat selepas separuh masa untuk menutup peluang kebangkitan Stuttgart.
Stuttgart merapatkan kedudukan pada minit ke-77 apabila Willian Pacho menjaringkan gol sendiri, dengan PSG mengekalkan harapan mereka untuk meraih trofi UCL pertama.
“Terdapat banyak yang boleh dibanggakan
“Kami bermain dengan baik sejak kebelakangan ini, mengawal perlawanan dan memenangi perlawanan kami.
“Terdapat pemain yang mahu menang di sini dengan PSG, yang berlari dan berjuang untuk jersi ini. Itulah yang menghasilkan keputusan sebegini,” kata Dembele.
Kemenangan ini melegakan tekanan ke atas jurulatih PSG, Luis Enrique dan memberikan harapan kepada gergasi Perancis itu untuk perlawanan pusingan kalah mati pada Februari seterusnya mara ke pusingan 16 terbaik.
© New Straits Times Press (M) Bhd