Hawa Rizwana Tolak Pembedahan Plastik, Pilih ‘Natural Beauty’

Hawa Rizwana Tolak Pembedahan Plastik, Pilih ‘Natural Beauty’


Pelakon dan pengacara Hawa Rizwana berkata dia tidak pernah terfikir melakukan pembedahan plastik untuk mengubah penampilannya.

Memetik mStar Online, pelakon berusia 31 tahun itu lebih selesa memberi fokus pada penjagaan diri serta mengekalkan kecantikan semula jadi.

BACA: “Dia Cantik & Baik” – Boss James Akui Berkawan Rapat Dengan Hawa Rizwana 

“Pembedahan plastik bukan satu pilihan terbaik. Saya tak mahu ubah wajah hanya kerana standard atau komen orang.

“Saya cuma nak tingkatkan apa yang dah ada. Bagi saya kecantikan itu tentang penjagaan yang konsisten bukan perubahan drastik,” katanya.

Sementara itu, Hawa berkata sebagai individu yang berada di hadapan kamera, sudah pasti penampilannya menjadi perhatian namun dia menerima setiap pandangan dengan matang.

“Orang akan sentiasa ada pendapat tentang rupa kita. Kadang-kadang ia membina, kadang-kadang ia juga boleh menjadi tekanan,” katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top