Haziq teruja bersaing rebut anugerah ABK

Haziq teruja bersaing rebut anugerah ABK



mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Selepas sembilan tahun beraksi dalam kancah bola sepak Malaysia, Muhammad Haziq Nadzli akhirnya boleh berbangga dengan pencapaiannya selepas tercalon merebut gelaran Penjaga Gol Terbaik bagi Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2024-2025.

Tonggak utama Perak FC itu dicalonkan dalam ABK kali ini untuk bersaing dengan dua lagi pencabar hebat iaitu penjaga gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi dari Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kalamullah Al Hafiz (Selangor FC).

Prestasi cemerlang Haziq dalam 17 aksi Liga Super dengan rekod 5 ‘clean sheet’ bukan saja mengukuhkan namanya sebagai penjaga gol utama Perak FC malah telah menarik perhatian jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski.

Bagaimanapun Haziq tetap mengakui bahawa Ahmad Syihan dan Kalamullah adalah calon terbaik untuk merangkul anugerah itu.

“Bagi saya dua pemain ini, Ahmad Syihan dan Kalamullah ada kelebihan masing-masing, macam Syihan dia sudah memenangi kejuaraan Piala FA, Perlawanan Sumbangsih dan Liga Super tahun ini. Macam Kalamullah pula dari segi prestasi, ‘movement’ juga bagus,” katanya.

Jelas Haziq, dia mengakui untuk berada dalam senarai tiga calon akhir ABK tahun ini melonjakkan lagi semangatnya untuk beraksi lebih baik.

“Matlamat untuk musim hadapan, saya akan teruskan membuat yang terbaik untuk pasukan dan saya akan bekerja keras lagi untuk memperbaiki kelemahan saya,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top