Pelakon Hariz Hamdan mengakui Hazwani Helmi mempunyai ciri-ciri wanita idamannya dan tidak menolak sekiranya mereka bertemu jodoh.
Memetik mStar Online, Hariz berkata ramai peminat mahu melihat mereka bersama selepas melihat gandingannya dengan aktivis itu namun mereka hanya rakan sekerja.
BACA: “Itu Pemberian Orang” – Hazwani Helmi Jawab Isu Guna iPhone 17
“Sebelum ini banyak juga orang mahu lihat kami bersama tapi kami hanya rakan sekerja saja tidak lebih daripada itu, saya tidak salahkan peminat sebab mungkin mereka minat bila lihat gandingan kami sebelum ini menjadi.
“Jodoh itu ketentuan Allah jadi siapa saya untuk menentukan jodoh dan siapa orang lain tentukan jodoh Hazwani? Boleh saja kalau kita nak doakan yang baik-baik sebab apa-apa pun Tuhan yang tentukan,” katanya.
Menurut Hariz lagi, Hazwani memiliki kriteria untuk menjadi seorang isteri dan dia sukakan akhlaknya serta mempunyai peribadi sempurna.
“Secara jujurnya Hazwani memang ada ciri-ciri wanita idaman saya dan seorang yang sangat menepati kriteria untuk menjadi seorang isteri. Tetapi saya percaya ramai juga beranggapan begitu, sifat peribadinya sempurna dan saya suka akhlaknya,” katanya.
Sumber: mStar Online






