Perkongsian penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi bekrongsikan detik ketika mereka ditahan tahun lalu ketika menyertai misi Sumud Global Flotilla.
Hazwani berkata ketika dalam tahanan mereka tidak dibekalkan minuman serta ubat-ubatan namun sebaik dibebaskan mereka diberikan air dan roti seolah mahu menunjukkan menerima layanan baik sepanjang ditahan.
BACA: “Kami Saksi Dia Sangat Membantu Dalam Kapal” – Hazwani Heli Puji Ardell

Hantaran Hazwani itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk pempengaruh Aliff Awang, mempersoalkan tindakannya kembali menyertai misi biarpun sudah sedia maklum tentang risiko mungkin dihadapi.
Tenang menjawab komen berkenaan, Hazwani berkata walau dimana pun risiko adalah sebahagian daripada kehidupan manusia, namun ia tidak mematahkan semangat untuk terlibat dalam misi kemanusiaan.






