Aktivis kemanusiaan dan selebriti, Hazwani Helmi menitipkan pesanan bermakna buat para wanita agar menghargai fasa kehidupan sebagai individu bujang.
Menerusi satu hantaran di platform Threads, Hazwani yang juga adik kepada selebriti terkenal, Heliza Helmi, mengakui tempoh ketika masih solo adalah masa terbaik untuk menimba ilmu, berbakti dan memperbaiki diri.
“Tiba-tiba banyak lalu lalang threads korang cerita pasal being single. Bagi saya, masa single lah masa yang patut korang hargai sebab inilah masa kalian boleh rebut ilmu sebanyak mungkin, nak bantu sebanyak mungkin, travel sebanyak mungkin,” katanya.
Menurut Hazwani, setiap insan tidak dapat menjangka takdir yang telah ditetapkan, termasuk soal jodoh dan kematian.
“Sebab akhirnya kita tak tahu berjodoh yang mana satu. Silap berjodoh dengan kematian dulu. Jadi nikmatilah masa single dan teruskan berdoa serta bersangka baik pada Allah,” ujarnya lagi.
Hazwani turut menegaskan pesanan itu bukan hanya untuk pengikutnya, tetapi juga sebagai peringatan buat dirinya sendiri agar terus menghargai setiap fasa kehidupan dengan penuh kesyukuran.