Hazwani Helmi Sebak Kenang Momen Bersama Ardell Aryana Ketika Sertai Misi Kemanusiaan GSF

Hazwani Helmi Sebak Kenang Momen Bersama Ardell Aryana Ketika Sertai Misi Kemanusiaan GSF


Aktivis kemanusiaan dan selebriti, Hazwani Helmi mengakui tidak dapat menahan rasa sebak apabila mengenang momen bersama rakan artis, Ardell Aryana, ketika mereka sama-sama menyertai misi Global Sumud Flotilla baru-baru ini.

Menurut Hazwani, keperibadian Ardell yang penyayang dan berhati lembut membuatkan ramai tersentuh dengan kehadirannya, apatah lagi dalam situasi getir ketika berada di tengah laut.

“Ardell ni ada satu sifat yang buat orang mudah tersentuh dengan dia,” katanya.

Hazwani berkata, ketika kapal dinaikinya bersama kakaknya, Heliza Helmi (Kak Ja), mereka dipindahkan ke Kapal Mikeno, iaitu kapal yang turut dinaiki Ardell.

“Kami pernah bergurau semoga dapat naik satu kapal sama. Tak sangka, Allah makbulkan doa tu.

“Bila sampai ke Kapal Mikeno, Ardell sambut kami dengan penuh prihatin.

“Dia tunjuk tempat makan, tandas dan sebagainya. Tak tahu kenapa, tapi masa tu rasa sebak sangat,” katanya.

Tambah Hazwani, Ardell juga sempat menyediakan air coklat untuknya sebelum mereka diarahkan berpindah ke Kapal Alma.

“Dia buatkan saya air coklat, penuh satu botol. Tapi belum sempat minum, kapal lain panggil kami.

“Masa tu, saya tengok wajah dia sayu. Macam seorang ibu yang dah siap buatkan susu untuk anak, tapi anak tu tak sempat minum,” ujarnya.

Kata Hazwani lagi, perpisahan singkat itu menjadi detik paling menyentuh hati apabila Ardell sempat melaungkan kata semangat sebelum kapal mereka berpisah.

“Bila kami dah naik ke Kapal Alma, Ardell pandang kami dari jauh sambil cakap ‘Sumud!’. Kami pun balas semula ‘Sumud!’

“Senyuman dia masa tu lembut sangat. Sampai sekarang, saya masih teringat,” katanya.

Hazwani menambah, kelembutan dan keikhlasan yang terpancar pada wajah Ardell jelas menunjukkan kemurnian hatinya sebagai seorang pejuang kemanusiaan.

“Dia ada aura yang bila kita pandang saja, terus rasa tenang dan sebak. Saya percaya sebab itu Allah angkat darjatnya,” katanya.

@najmiofficial08

live (kisah ardell) @Hazwani Helmi @ArdellAryana #hazwanihelmi #ardellaryana #foryou

♬ original sound – Hamza – HN🇲🇾🇵🇸





Source link

OR

Scroll to Top