Helikopter terhempas angkut bahan binaan sejak 21 Januari

Helikopter terhempas angkut bahan binaan sejak 21 Januari



am@hmetro.com.my

Lipis: Helikopter pengangkut jenis Bell 206L-4 Long Ranger yang terhempas di Batu 9, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong, hari ini, sudah melakukan beberapa penerbangan sejak 21 Januari lalu.

Ketua Polis Negeri Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata sejak itu hingga terhempas jam 10.20 pagi ini, helikopter yang didaftarkan di Indonesia itu terbabit dengan kerja mengangkut bahan binaan.

“Penerbangan hari ini adalah kali keenam dan tragedi berlaku beberapa kaki sebelum mendarat untuk mengisi minyak di tempat kejadian sebelum hilang kawalan dan terbalik seterusnya terbakar.

“Juruterbang helikopter yang juga warga Indonesia berusia 44 tahun terselamat, manakala seorang lagi warga Indonesia, Finsen Reskey Sembiring, 27, maut di lokasi akibat terkena kipas utama helikopter itu,” katanya kepada ditemui media selepas melawat Kilang Peluru Ketech Asia di sini, hari ini.

Yahaya berkata, helikopter itu terbalik sebelum terbakar dan kipasnya mengenai mangsa yang sedang berada berdekatan dengan tong minyak.

“Kejadian berlaku berdekatan kawasan kolam air panas ketika helikopter terbabit digunakan untuk kerja mengangkut bertujuan pemasangan kabel dan kebakaran itu menyebabkan pesawat musnah sepenuhnya.

“Polis masih meneruskan siasatan lanjut berkaitan kejadian ini,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top