Henti spekulasi insiden koperal cedera akibat senjata sendiri – KP Pulau Pinang

Henti spekulasi insiden koperal cedera akibat senjata sendiri – KP Pulau Pinang



am@hmetro.com.my

Georgetown: Anggota polis yang cedera akibat tertembak dirinya sendiri dalam kejadian di bilik pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini, masih dirawat di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata, pada masa ini pihak polis masih menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut.

“Setakat ini, anggota berkenaan masih menerima rawatan di Zon Merah, HPP.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini sehingga boleh mengganggu siasatan polis,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan mengenai Koperal yang bertugas di cawangan Kem Komandan itu, ditemukan cedera di bahagian kepala di bilik pengawal pada jam 6.12 petang.

Menurut Hamzah, anggota yang berusia 58 tahun itu mengalami cedera parah di kepala akibat tertembak diri sendiri dengan sepucuk pistol.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top