Herry pertaruh beregu terbaik gegar Thailand 2025

Herry pertaruh beregu terbaik gegar Thailand 2025


EMPAT beregu lelaki terbaik negara kini sah disenaraikan ke Sukan SEA Thailand 2025 sekali gus menjadi taruhan utama skuad badminton negara dalam misi memburu pingat emas.

Ketua jurulatih beregu lelaki, Herry Iman Pierngadi, mengesahkan senarai itu melibatkan gandingan utama dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, selain Man Wei Chong-Tee Kai Wun, Arif Junaidi-Roy King serta pasangan muda, Choong Hon Jian-Haikal Nazri.

“Empat beregu ini sudah ada dalam senarai panjang untuk Sukan SEA nanti.

“Cuma siapa yang akan turun gelanggang, itu keputusan BAM,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) pada Selasa.

Menurut Herry, hala tuju skuad beregu lelaki bergantung kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sama ada mahu mempertaruhkan beregu senior demi memastikan emas atau memberi ruang kepada pasangan muda untuk menimba pengalaman berharga di pentas antarabangsa.

“Kalau nak emas, kena hantar yang terbaik. Kalau nak pendedahan, pasangan muda pun ada peluang,” tegasnya.

Ringkasan AI

  • EMPAT beregu lelaki terbaik negara disahkan untuk Sukan SEA Thailand 2025
  • Ketua jurulatih beregu lelaki, Herry Iman Pierngadi, mengesahkan senarai itu termasuk Aaron Chia-Soh Wooi Yik
  • Pasukan juga merangkumi Man Wei Chong-Tee Kai Wun, Arif Junaidi-Roy King, dan Choong Hon Jian-Haikal Nazri
  • Keputusan untuk menurunkan pemain adalah di tangan Persatuan Badminton Malaysia
  • Herry menyatakan pentingnya memilih antara mengejar emas atau memberi pendedahan kepada pasangan muda



Source link

OR

Scroll to Top