Hector Hevel.
PEMAIN warisan negara, Hector Hevel sah akan memperkuatkan pasukan gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Perkara itu disahkan sendiri oleh pemain tengah berusia 29 tahun itu dalam satu sidang akhbar pada Jumaat.
“Ya, saya akan sertai JDT,” katanya ringkas kepada pemberita.
Hevel sebelum ini beraksi bersama kelab Portimonense SC dalam saingan Liga Portugal, selain pernah menyarung jersi beberapa kelab lain termasuk GX Pingguo di China dan Cartagena FC dalam saingan LaLiga 2 di Sepanyol.
Untuk rekod, pemain kelahiran Belanda itu mula menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya pada Mac lalu sebagai pemain berdarah warisan.
Penampilan sulungnya bersama skuad negara turut mencuri perhatian apabila berjaya menjaringkan satu gol ketika Malaysia menewaskan Nepal 2-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim.