Malaysia sedang berdepan lonjakan membimbangkan kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dengan statistik terkini menunjukkan peningkatan yang memerlukan perhatian serius daripada ibu bapa dan penjaga.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertarikh 12 Mei 2025, sebanyak 99,601 kes HFMD dilaporkan di seluruh negara sehingga Minggu Epidemiologi ke-17 tahun 2025.
Jumlah ini merupakan peningkatan mendadak sebanyak 266 peratus berbanding 27,236 kes yang direkodkan bagi tempoh sama tahun lalu. Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 27,118 kes diikuti Johor (9,864 kes) dan Perak (9,347 kes).
Dengan kanak-kanak kecil menjadi golongan paling terdedah, persoalan utama yang bermain di fikiran ibu bapa adalah mengapa kes meningkat dan apakah langkah paling berkesan untuk melindungi keluarga?
Punca peningkatan dan golongan berisiko
Menurut Pakar Pediatrik Am di Pusat Perubatan Sunway, Dr Ch’ng Tong Wei, beberapa faktor menyumbang kepada lonjakan kes ini.
“HFMD cenderung memuncak selepas musim panas Mac – April dan pada awal musim hujan. Cuaca yang panas dan lembap membolehkan virus bertahan lebih lama pada permukaan seperti permainan dan tangan,” jelasnya.
Selain itu, keadaan sesak di pusat jagaan kanak-kanak seperti taska dan tadika mempercepatkan penularan, ditambah pula dengan tabiat si kecil yang gemar memasukkan tangan ke dalam mulut.
Dr Ch’ng juga menambah bahawa pendedahan yang berkurangan semasa era pandemik COVID-19 menyebabkan lebih ramai kanak-kanak kini terdedah kepada jangkitan apabila kehidupan kembali normal.
Kanak-kanak di bawah umur enam tahun merangkumi kira-kira 80 peratus kes HFMD di Malaysia, dengan mereka yang berusia antara satu hingga tiga tahun paling berisiko tinggi kerana sistem imun yang masih berkembang.
Pencegahan bermula dari rumah
HFMD merebak dengan pantas melalui sentuhan dengan air liur, cecair lepuh, najis dan permukaan tercemar. Virus ini boleh hidup selama beberapa hari, menjadikan kawasan sentuhan tinggi di rumah sebagai zon risiko.
Dr Ch’ng mengesyorkan beberapa amalan mudah tetapi konsisten untuk ibu bapa ini termasuk kerap mencuci tangan dengan sabun sekurang-kurangnya 20 saat terutamanya selepas ke tandas dan sebelum makan.
Selain itu, bersihkan permukaan yang kerap disentuh seperti tombol pintu, alat permainan dan meja makan setiap hari dan memastikan rumah mempunyai aliran udara yang baik bagi mengurangkan kepekatan virus dalam udara.
Sekiranya anak menunjukkan simptom, elakkan mereka daripada bergaul dengan adik-beradik lain dan jangan hantar ke pusat jagaan untuk mengelakkan penularan.
Bina persekitaran lebih selamat untuk jangka masa panjang
Walaupun pembersihan harian penting, ramai ibu bapa kini mencari penyelesaian yang lebih proaktif dan berpanjangan untuk kediaman mereka.
Menyedari keperluan ini, penyelesaian inovatif seperti cat dalaman Nippon Paint VirusGuard dan siri Spot-Less Plus direka khas untuk membantu mengurangkan penyebaran virus di rumah.
Cat Nippon Paint VirusGuard, sejenis cat rendah Volatile Organic Compound (VOC), terbukti 99.9 peratus berkesan terhadap virus HFMD, Coxsackievirus A16, H1N1 dan SARS-CoV-2.
Kedua-dua siri Nippon Paint Spot-Less Plus dan VirusGuard menggunakan teknologi Silver Ion yang terbukti dapat menghalang pembiakan virus dan bakteria di dinding.
Ia juga dilengkapi teknologi AirGuard untuk menyerap formaldehid, teknologi Colour Care untuk warna tahan lama dan teknologi Anti-Noda yang menjadikannya mudah dicuci, sesuai untuk kediaman yang mempunyai anak kecil.
Walaupun lonjakan kes HFMD membimbangkan, langkah pencegahan awal adalah amat berkesan. Seperti yang ditekankan oleh Dr Ch’ng, “Kebanyakan kes HFMD adalah ringan, tetapi pencegahan awal sangat penting”.
Dengan mengamalkan kebersihan yang teliti dan membuat pilihan bijak seperti menggunakan cat anti-virus, ibu bapa boleh memainkan peranan penting dalam mewujudkan persekitaran rumah yang lebih sihat dan selamat untuk anak-anak membesar.
Untuk maklumat lanjut tentang Nippon Paint VirusGuard dan Spot-Less Plus, layari https://www.nipponpaint.com.my/.
© New Straits Times Press (M) Bhd