Hiburkan 5,000 Peminat Malaysia, Sean Paul Buktikan Aura Masih Padu!

Hiburkan 5,000 Peminat Malaysia, Sean Paul Buktikan Aura Masih Padu!

Hiburkan 5,000 Peminat Malaysia, Sean Paul Buktikan Aura Masih Padu!


Idea Live Arena, Petaling Jaya bergegar dengan sorakan dan muzik dancehall pada Jumaat lalu apabila legenda muzik antarabangsa, Sean Paul, kembali menggamatkan Malaysia selepas tujuh tahun.

Kira-kira 5,000 peminat hadir menikmati konsert yang penuh tenaga, berwarna dan itu membuktikan bintang kelahiran Jamaica itu masih berada di kelas tersendiri.

Dari saat pertama Sean Paul muncul di pentas, penonton terus dihiburkan dalam rentak reggae dan dancehall yang memukau. Suaranya yang masih padu, ditambah gaya santai penuh karisma, membuatkan setiap lagu mendapat sambutan luar biasa.

Irama Get Busy, Give It Up To Me, Baby Boy dan Like Glue menghangatkan persembahan, ditambah pula dengan lagu-lagu hit seperti Cheap Thrills, Rockabye dan Got 2 Luv U yang membuatkan peminat menyanyi bersama.

Konsert yang dianjurkan oleh Epic Elation dengan sokongan Sound Innovations, Spike Productions dan LFG Entertainment itu bukan sekadar persembahan muzik, tetapi ia menjadi malam yang menggamit nostalgia.

Setiap lagu disampaikan dengan susunan segar dan rentak penuh tenaga, seolah-olah Sean Paul sedang menghidupkan semula era keemasan dancehall di hadapan mata peminatnya.

Sepanjang hampir dua jam persembahan, Sean Paul mempersembahkan lebih 27 lagu, termasuk Boasty, Gimmie Di Light, We Be Burnin’, I’m Still In Love dan Trumpets.

Namun antara detik paling diingati ialah ketika dia berinteraksi dengan penonton.

“Malaysia, kasih sayang anda memang luar biasa! Setiap kali saya datang, anda memang bawa semangat yang membara!

“Terima kasih kepada semua yang datang malam ni, tenaga anda memang hebat,” katanya.

Ucapan itu disambut dengan gegaran sorakan dan laungan nama penyanyi itu berulang kali.

Menurut pihak penganjur, sambutan hangat itu membuktikan bahawa nama Sean Paul masih menjadi magnet kepada peminat muzik global di Malaysia.

“Melihat 5,000 peminat menyanyi setiap bait lagu sungguh luar biasa. Sean Paul membawakan persembahan bertaraf dunia yang membakar semangat semua yang hadir.

“Malam ini akan kekal sebagai antara momen terbesar dalam kalendar konsert Malaysia tahun ini,” kata wakil Epic Elation.

Dengan tenaga yang tidak pernah pudar, Sean Paul menutup persembahan dengan Temperature, lagu yang membuatkan seluruh arena bergema dengan sorakan dan tarian.

Malam itu, Sean Paul bukan sekadar kembali ke Malaysia, tetapi mengembalikan semula semangat dancehall kepada generasi baharu dan lama yang membesar dengan muziknya.



Source link

OR

Scroll to Top