Hidalgo kembali semula ke JDT

Hidalgo kembali semula ke JDT

Hidalgo kembali semula ke JDT


firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tidak sampai sebulan, akhirnya Manuel Hidalgo mengucapkan selamat tinggal kepada Kuala Lumpur City FC (KL City) untuk kembali ke pangkuan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Terdahulu, Hidalgo dipinjamkan oleh JDT bagi memperkuatkan skuad The City Boys pada awal Julai lalu.

“Ia memang satu tempoh singkat buat seseorang yang menjadikan setiap hari terasa begitu bermakna, terima kasih Manuel Hidalgo,” umum KL City dalam satu hantaran.

“Semoga berjaya di masa depan anda bersama pasukan asal dan tolonglah jangan bermain terlalu baik apabila menentang kami nanti,” tambah kelab Lembah Klang itu.

Sepanjang dua aksi bersama KL City, Manuel Hidalgo merekodkan satu jaringan dan satu bantuan gol ketika aksi bertemu Imigresen FC dalam perlawanan pertama Liga Super, 9 Ogos lalu.

Berikutan ketiadaan Hidalgo, kini posisi sayap kanan bakal diisi pemain lain membabitkan Safawi Rasid atau Haqimi Azim.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top