Hidap Kanser Saluran Faraj, Nourul Terpaksa Buang Uterus & Ovari

Hidap Kanser Saluran Faraj, Nourul Terpaksa Buang Uterus & Ovari


Penyanyi Nourul Depp mendedahkan dia pernah diuji kanser saluran faraj pada 2018 sehingga terpaksa membuang uterus dan ovari pada tahun 2020.

Memetik Harian Metro, Nourul bersyukur mengambil langkah rawatan awal sebelum kanser memasuki fasa lebih serius.

BACA: Berduet? Dia Manusia Yang Saya Tak Mahu Jumpa Dah – Nourul

“Bila dapat tahu (kanser), doktor adalah bagi cara mengubat seperti suntikan vaksin HPV (virus papilloma manusia) yang lazimnya untuk wanita berdepan masalah uterus. Doktor suruh cuba dulu enam bulan.

“Tapi kanser itu datang lagi dan berkembang daripada pra kanser kepada tahap satu. Proses itu berlaku sehingga saya mengandungkan Isabella (anak keempat). Kalau makin teruk, saya takkan mengandung.

“Doktor suruh buat sekali lagi analisis dan memang kanser. Saya memutuskan untuk membuang (uterus). Alhamdulillah, sekarang sudah tiada apa-apa,” katanya.

Sementara itu, dia mendapat tahu mengenai kanser berkneaan kerana melakukan pemeriksaan kesihatan setiap tahun dan kakaknya turut diuji dengan kanser ovari yang lebih serius.

“Sebab lakukan pemeriksaan kesihatan setiap tahun, itu yang saya dapat tahu. Alhamdulillah sekarang saya sudah bebas (kanser) dan tak ada apa-apa. Memang tak ada ambil kemoterapi atau rawatan lain.

“Alhamdulillah juga sampai tahap satu saja kerana tahulah kalau sudah sampai tahap satu pun berbahaya. Tahun lalu, saya buang ovari pula dan kakak saya juga kena kanser ovari tahap 3B,” katanya.

Dalam pada itu, Nourul tidak menolak tekanan melampau akibat ditipu sebuah syarikat tempatan pada 2018 turut menjadi antara faktor menyumbang kepada penyakitnya.

“Sebuah syarikat tempatan kata nak taja dan semua perjanjian pun ada untuk memberi dana RM80,000. Saya dan suami okay, percaya, tanda tangan perjanjian, keluar duit dulu pergi buat album di Perancis.

“Rupanya kami ditipu syarikat itu, kes pun masuk mahkamah, namun mereka lesap dan sampai ke hari ini RM80,000 itu tak dapat. Itu memang antara dugaan hidup paling besar buat saya.

“Memang pun kalau stres disebabkan hormon kortisol tinggi. Kebanyakan yang dapat masalah kanser sekarang sebab stres,” katanya.

Sumber: Harian Metro






Source link

OR

Scroll to Top