Penyanyi Tom meluahkan rasa kesal terhadap persepsi segelintir masyarakat yang terus menerus melabel dirinya dengan imej negatif.
Menerusi perkongsian di Facebook Story miliknya, Tom atau nama lengkapnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram berkata, dia seakan-akan dilihat sebagai individu yang sentiasa berlaku curang.
“Kalau orang tengok aku depan-depan kan, mereka akan nampak tau dekat dahi aku ada tulisan ‘curang’. Orang yang terpaling curang adalah aku.
“Semua pun tahu kan? Aku ni jahat. Aku ni tak betul, aku ni selalu curang. Orang dalam dunia ni orang yang curang adalah aku,” katanya.
Dalam hantaran sama juga, Tom turut menggambarkan dirinya seolah-olah sering dikaitkan dengan isu tersebut.
“Aku tak pernah tak curang, hidup aku curang je. Hobi aku curang, cita-cita aku masa kecik nak curang.
“Aku nak jadi manusia paling curang sekali dalam dunia ni!,” tambahnya.
Hantarran itu dilihat sebagai jawapan balasnya terhadap spekulasi yang timbul selepa dia memuat naik kenyataan berhubung status rumah tangganya bersama suami.
Dalam hantaran sama juga, Tom turut menggambarkan dirinya seolah-olah sering dikaitkan dengan isu tersebut.
“Aku tak pernah tak curang, hidup aku curang je. Hobi aku curang, cita-cita aku masa kecik nak curang.
“Aku nak jadi manusia paling curang sekali dalam dunia ni!,” tambahnya.
Hantaran itu dilihat sebagai jawapan balasnya terhadap spekulasi yang timbul selepa dia memuat naik kenyataan berhubung status rumah tangganya bersama suami.





