Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, kerana sedang berada di puncak setelah mengemudi program hiburan terkemuka di Malaysia iaitu Meletop. Hawa Rizwana Redzuan kini semakin relevan dalam industri apabila mula melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan dan penyampai radio pula.
Namun, sebagai seorang selebriti dan public figure meskipun Hawa tidak pernah gagal untuk sentiasa tampil cantik samada di hadapan kaca televisyen mahupun di khalayak umum. Hawa akui bahawa dia juga tidak terlepas dari mengalami masalah kulit seperti wanita lain di luar sana!
Resdung Punca Hawa Ada Masalah Whitehead!
Siapa kata bila bergelar selebriti je wajah bebas dari masalah kulit? Hawa akui sebelum ini dia juga mempunyai masalah bintik-bintik putih (Whitehead) yang kronik. Hijabista sempat bertanyakan tip yang diaplikasikan Hawa untuk menyelesaikan masalah kulit yang dihadapinya itu.
“Hawa ada masalah sebab ada resdung, jadi kadang-kadang ada produk yang tak sesuai dengan muka. Akan naik whitehead dekat hidung terutamanya, tempat yang paling exposed!
“Jadi Hawa akan atasinya dengan cara ini, dulu-dulu Hawa guna putih telur tu. Pukul putih telur tu sampai kembang, lepas tu letak kapas dan tempel dekat whitehead di bahagian hidung, bila pagi Hawa akan cabut. Jadi, memang berkesan dan boleh nampak la whitehead tu memang keluar dari kulit kita,” katanya.
Artikel berkaitan: Hawa Rizwana Hijabi Serba Boleh! Aktiviti Lasak ‘Cara’ Tersediri Lenyapkan Tekanan
Sekarang Dah Moden, Ada Produk Yang Khusus Untuk Keluarkan Whitehead – Hawa
Jelasnya lagi, memandangkan sekarang sudah moden dan terdapat lambakan produk kecantikan kulit yang mampu menyelesaikan masalah whitehead ini. Jadi Hawa hanya menggunakan produk yang terjual di pasaran.
Tambahnya lagi, produk yang mempunyai kandungan Glycolic Asid yang tinggi adalah amat baik untuk membantu merawat masalah whitehead yang kronik ini.
“Tapi sekarang ni ada beberapa produk yang dah ada Instant punya untuk keluarkan whitehead. Whitehead atau blackhead patches. Jadi kita cuma perlu tampal, letak air lepastu kita cabut.
“Tapi Hawa jumpa juga beberapa produk yang ada Glycolic Acid untuk letak dan senang nak keluarkan whitehead tu. Itu lah cara dan tip yang Hawa lakukan setiap kali whitehead mengganas,” seloroh Hawa.
Sebenarnya tak susah pun hijabi kalau nak cantik ni. Pokok pangkalnya hati, kalau kita dambakan kecantikan dan mahu sentiasa kelihatan cantik, ia perlulah seiring dengan usaha yang dilakukan. Perlu ada kerajinan dan keazaman yang tinggi je.
Sama seperti apa yang dilakukan Hawa ni, atasi masalah kulit dengan cara alami dan homemade sahaja, kemudian bila dah ada solusi lebih mudah. Maka mengapa beri alasan malas untuk cantikkan diri kan? Selamat mencuba, semoga bermanfaat!
Sumber: Instagram Hawa Rizwana
Artikel berkaitan: Pengacara MeleTOP, Hawa Rizwana Enggan Terus Dibayangi Neelofa
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.