Hijabi Idamkan Kulit ‘Glowing’ Tanpa Solekan Mapan? Syifa Melvin Kongi Petua Terpenting – Hijabista

Hijabi Idamkan Kulit ‘Glowing’ Tanpa Solekan Mapan? Syifa Melvin Kongi Petua Terpenting – Hijabista

Mikha Tambayong atau nama penuhnya Maudy Mikha Maria Tambayong merupakan seorang pelakon kelahiran Jakarta, Indonesia. Namanya mula dikenali di Malaysia setelah berlakon dalam sinetron Nada Cinta. 

Pelakon jelita dari seberang tersebut berkongsi khabar bahagia apabila dia sah menjadi isteri kepada Deva Mahenra, yang juga merupakan seorang pelakon. Pasangan tersebut telah melangsungkan pernikahan di Hotel The Ritz Carlton, Bali pada Sabtu lalu. 

Difahamkan, pasangan tersebut mengejutkan rata-rata netizen di Indonesia kerana sebelum ini mereka berdua kelihatan ‘santai’ di media sosial dan tidak mengumumkan sebarang perancangan untuk berkahwin. 

Detik bahagia tersebut dikongsikan melalui laman Instagram miliknya. Mikha terlihat begitu menawan mengenakan gaun perkahwinan sang ibu serba putih dengan sentuhan mutiara sambil memegang sejambak bunga. Suaminya, Deva juga terlihat menawan dengan kot putih dan seluar yang berwarna coklat.

 “28.01.2023. Menikah dengan sahabat karibku dalam gaun ibuku. Bagaikan mimpi” tulis Mikha.

Dapat dilihat tema pernikahan pasangan tersebut dihiasi dengan warna putih dan hijau, serta sedikit warna kebiruan, yang merupakan warna kegemaran kedua mempelai.

Perancang perkahwinan mereka iaitu Gisela Setyawan menyatakan bahawa idea dekorasi untuk majlis tersebut diinspirasikan daripada cinta pasangan tersebut terhadap pantai dan juga warna biru.

Artikel berkaitan: Sering Muat Naik ‘Cover’ Selawat, Pempengaruh Dari Indonesia Naswa Aulia Mendapat Pujian Warga Maya

Tiga Busana Pengantin Daripada Pereka Fesyen Terkenal

Apa yang menarik, Mikha dan Deva dilihat menyarungkan tiga busana yang berbeza daripada pereka fesyen ternama Indonesia. 

Busana yang pertama adalah kebaya, yang direka oleh pereka Vera Angreni. Kebaya ini mempunyai warna kebiruan keperakan yang sebati dengan panorama lautan yang menjadi latar belakang tempat perkahwinan.

Busana kedua adalah gaun istimewa yang mempunyai makna sentimental bagi Mikha. Seperti yang diketahui, pakaian A-line putih klasik ini adalah milik mendiang ibunya, Deva Sheila Malaihoro, direka oleh Samuel Wattimena.

Untuk resepsi perkahwinan dan sambutan selepas parti, Mikha memakai gaun putih dan emas oleh pereka terkenal Jeffrey Tan.

Ketika ditemu bual oleh sebuah portal Indonesia, Mikha sempat meluahkan rasa syukur kerana dia dan suaminya mempunyai cita rasa yang sama, yang membuatkan proses persiapan perkawinan mereka berjalan dengan lancar. 

“Nasib baik saya dan Deva mempunyai cita rasa yang sama, jadi kami tidak menghadapi banyak masalah semasa memilih vendor dan tema perkahwinan kami. Deva juga sangat ‘supportive’ dan mahu terlibat secara langsung dalam pelbagai keputusan persiapan kahwin, jadi ia sangat membantu,” jelas Mika.

“Proses persiapan perkahwinan kami agak ketat dari segi masa, terutamanya kerana kami sibuk dan mempunyai pelbagai projek(kerja) yang perlu dilakukan semasa proses persiapan kahwin ini,” kata Deva Mahenra.

Dibanjiri ucapan tahniah

Menjengah ke ruangan hantaran tersebut, rata-rata netizen dan rakan artis tumpang gembira serta mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.  

Pelakon Nada Cinta, Mikha Tambayong Kini Isteri Deva Mahenra, Pilih Gayakan Gaun ‘Mendiang Ibu’ Di Hari BahagiaPelakon Nada Cinta, Mikha Tambayong Kini Isteri Deva Mahenra, Pilih Gayakan Gaun ‘Mendiang Ibu’ Di Hari Bahagia Pelakon Nada Cinta, Mikha Tambayong Kini Isteri Deva Mahenra, Pilih Gayakan Gaun ‘Mendiang Ibu’ Di Hari BahagiaPelakon Nada Cinta, Mikha Tambayong Kini Isteri Deva Mahenra, Pilih Gayakan Gaun ‘Mendiang Ibu’ Di Hari Bahagia

So beautiful! Congrats Mikha”

“Bajunya simple2 tapi sungguh cantik, anggun, so… So pretty”

Terlalu indah my beautiful mikha.. peluk sayang, bahagia untuk kalian.”

“So happy for you guys.. forevaaa lafff”

“Beautiful couple! happy wedding Mikha & Deva”

Artikel berkaitan: “Biar Proses Ini Tanpa Pujian Atau Makian,” – Aktres Indonesia, Wanda Hamidah Kini Berhijab Pada Usia 44 Tahun

Sekadar info, Deva Mahenra terdahulu mengakui menjalani hubungan cinta bersama Mikha Tambayong semenjak tahun 2020. Meski berbeza agama, hubungan cinta mereka semenjak dahulu sering menjadi sorotan ramai hingga akhirnya pasangan ini disatukan dalam ikatan perkahwinan. 

Sumber: Celebrities.id

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini. 

OR

Scroll to Top