Para personaliti Muslim Korea tidak hanya berperanan sebagai pempengaruh bahkan mereka juga giat berdakwah dengan cara tersendiri khususnya demi menambat hati golongan muda.
Salah seorang personalitinya ialah Song Bora yang sangat terkenal di platform media sosial. Bora yang bergelar Muslim sejak 2007 kini bertugas sebagai guru bahasa Arab di Arab Academy Korea.
Berikut 6 fakta menarik mengenai Song Bora: –
Menggemari Gaya Tudung Yang Unik
Bora sering tampil dengan gaya tudung yang unik dan tersendiri. Dia sering memakai pashmina dan membentuk tudungnya seperti tocang. Bora juga pandai menyuai padan outfit.
Suka Memakai Hanbok (Pakaian Tradisional Korea)
Walaupun sudah melawat banyak negara, Bora tidak pernah lupa budaya asalnya. Bora gemar memakai hanbok dan sering mempamerkan gayanya memakai hanbok lengkap bertudung di media sosial.
Pernah Berlakon Dalam Filem Indonesia
Bora pernah bergelar cameo dalam filem ‘Jilbab Traveler’ yang diadaptasi dari novel hasil nukilan Asma Nadia.
Bekerja Di Arab Academy Korea
Walaupun berasal dari Korea, bahasa Arablah yang ‘menarik’ dirinya untuk mendalami agama Islam. Bora mengambil jurusan Bahasa Arab ketika di kolej dan kini menjadi guru bahasa Arab di Arab Academy Korea.
Gemar Mengulas Tentang Masakan Halal Dari Luar Negara
Bukan sahaja makanan halal dari Korea, Bora juga gemar merasai pelbagai makanan halal dari negara luar bermula dari makanan Asia sehinggalah ke Timur Tengah.
Suka Melancong
Selain ke Bosnia, Bora juga pernah melawat pelbagai negara di rantau Asia antaranya Malaysia, Vietnam, Taiwan dan Indonesia. Menurut Bora, selagi masih hidup dia berhasrat ingin melawat seluruh negara.
The post Hijabi Korea SONG BORA Giat Berdakwah Pilih Kerjaya Sebagai Guru Bahasa Arab appeared first on Hijabista.