Sebut sahaja nama Fazura, pasti kita terbayangkan satu figura tinggi lampai yang disenangi ramai dengan penampilanya yang sentiasa on point meski setelah memutuskan untuk menutup aurat sepenuhnya.
Malah, Fazura tampil semakin cantik dan jelita sejak tampil dengan imej berhijab. Sejak kebelakangan ini, pelakon filem Pisau Cukur ini kerapkali memuat naik gambar OOTD nya dengan gaya hijab yang anggun, molek dan sopan. Apa yang penting, semua stailnya ‘on-point’ biarpun berhijab!
1. Kemas & Rapi Dengan Rona Putih
Suka benar kami melihat pelakon Fazura dalam rona putih. Sudahlah memang empunya diri cantik & manis, apabila menyarungkan rekaan berona putih, lebih tampak ayu dan sopan. Seperti gaya OOTD di atas, pelakon ini bijak menggayakan rona putih dengan rekaan celana potongan besar atau ‘palazzo’ untuk menjadikan seluruh imej lebih menarik.
Padanan akesesori seperi ‘handbag’ juga memainkan peranan penting menjadi pelengkap stail ini. Pilih warna-warna aksesori yang lebih ‘bold’ untuk dijadikan sebagai ‘fashion statement’ dalam keseluruhan gaya.
Gaya hijab juga menjadi nilai bonus dalam stail rona putih ini. Cuba gayakan hijab anda dengan gaya yang lebih moden! Pastinya ia memberi lebih ‘volum’ dan keunikan gaya OOTD anda. Jika anda ingin wujudkan stail wanita yang sofistikasi, jangan lupa bawa sekali cermin mata hitam untuk lebih mahal dan eksklusif!
2. Sopan Tetapi Moden!
Ayunya Fazura dalam rekaan serba ‘pink’ ini! Jelas kelihatan gaya yang santai, selesa dan paling penting, sopan! Biarpun hanya mengenakan rekaan ala jubah, pelakon ini masih nampak urban dan bergaya! Nak tahu triknya? Usah beli rekaan jubah yang terlalu besar atau terlalu kecil.
Anda harus membeli jubah yang sesuai dengan saiz tubuh anda. Barulah nampak gaya OOTD ‘on-point’ walaupun hanya menyarungkan sehelai jubah. Pilihan warna serta aksesori juga memainkan peranan penting untuk melengkap keseluruhan stail ini. Jika mahu selamat, elakkan pilihan corak yang terlampau. Ingat ya! ‘Less is more’! Lebih sederhana lebih mahal!
3. Persis Wanita Melayu Terakhir
Ramai wanita di luar sana risau jika menggayakan ‘blouse’ yang kosong dan sopan, keseluruhan gaya nampak bosan. Tidak ya! Lihat saja pelakon ini! Bijak dalam menyesuai padankan rekaan ‘blouse’ yang berona polos putih bersama dengan celana biru cair, semestinya gaya ini wajib anda lihat dan rujuk untuk menghasilkan stail yang mewah!
Artikel berkaitan: Enggan Terima Watak ‘Stereotaip’, Fazura Akui Kini Lebih ‘Memilih’ Watak Yang Mengangkat Martabat Wanita!
Fazura tidak kekok dalam menggayakan busana muslimah tetapi menjadikannya lebih menarik dengan gaya hijab yang lebih ‘intrend’, warna yang segar serta pilihan cermin mata hitam yang sempurna gaya ‘Lady Boss’ versi islamik! Cubalah!
4. Kasual Ranggi
Ketepikan dahulu padanan yang sarat dengan corak bunga, potongan yang labuh atau feminin. Untuk gaya OOTD ini, kita raikan gaya ranggi si muslimah moden! Padanan ‘baseball shirt’ bersama seluar khakis berona tanah cukup sempurna untuk digayakan di tengah bandar raya Kuala Lumpur!
Pilihan kasut yang sesuai ala ‘sporty’ juga menghidupkan imej OOTD ini! Masih dalam konteks menutup aurat, cumanya ia lebih ranggi! Mengapa tidak?
5. Denim Oh Denim!
Apa yang tidak kena dengan helaian denim? Tidak ada salah dalam menyarungkan rekaan denim samaada celana mahupun baju! Sesuai untuk anda yang ingin gaya minimalis dikala sibuk melakukan tugasan kerja di luar, sehelai rekaan denim mampu untuk membuatkan gaya anda mahal! Pilih kemeja yang kosong (lebih baik jika fabriknya ‘cotton’) untuk digayakan dengan celanan denim.
Percaya atai tidak, biarpun ianya tampak ringkas tetapi sebenarnya gaya ini sahaja sudah cukup untuk menonjolkan aura kejelitaan anda persis pelakon Fazura ini! Tidak salah juga untuk menyarungkan dari atas ke bawah dengan fabrik denim! Asalkan tidak terlalu sarat dan tidak kelihatan ‘murah’, ia sesuai untuk digayakan!
Selamat mencuba!
Sumber gambar: Instagram Fazura
Artikel berkaitan: Menjauh Dari ‘Hiruk Pikuk’ Dunia, Fazura Kini Fokus Gapai Ketenangan Dengan Hargai Diri Sendiri!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!


Kulit wajah yang sihat, bebas cela, segar dan bersih sememangnya menjadi dambaan para wanita diluar sana! Malah ramai diantaranya yang berlumba-lumba memutihkan kulit kerana mahu memiliki kulit wajah pertis artis korea kegemaran mereka.
Antara selebriti korea yang sering menjadi ‘role model’ dek kerana kejelitaan wajahnya yang begitu dikagumi dan dicemburui ramai adalah pelakon Descendent of The Sun, Song Hye Kyo.
Malah, ramai yang sanggup berhabis puluhan ribu ringgit untuk melakukan treatment wajah di SPA, mengambil suntikan pemutih atau ‘bleach kulit’. Walhal kulit wajah persis selebriti Korea boleh didapati dengan mudah sekiranya anda konsisten mengamalkan masker semulajadi ini!
Hanya Gunakan Dua Bahan Dirumah, Tetapi Perlu Lakukan Secara Konsisten! Baru Dapat Kulit Persis Artis Korea
Masker tembikai adalah salah satu cara untuk anda merealisasikan impian anda ytang mendambakan kulit wajah seperti selebriti Korea. Buah tembikai bukan sahaja enak dimakan, tetapi ia memberi manfaat bagi kesihatan tubuh dan amat baik untuk kesihatan kulit.
Masker tembikai ini mempunyai 1001 kebaikan terhadap kulit tidak kira samada lelaki atau wanita. Ia dapat melembapkan kulit kering, menjadikan kulit lebih segar dan remaja kerana tembikai mengandungi khasiat dan vitami yang diperlukan kulit.
Jika anda mengamalkan penggunaan masker ini secara konsisten, anda pasti boleh melihat kesan yang amat menakjubkan kepada kulit anda, antaranya kulit akan menjadi lebih lembut, kenyal dan berseri.
Artikel berkaitan: Jangan Buang Kulit Tembikai! Rupa-Rupanya Boleh Guna Untuk Rawat Rambut Gugur
Lebih menarik lagi, penggunaan masker tembikai ini tidak akan menyebabkan anda mengalami masalah kulit seoerti kerengsaan meskipun anda mempunyai kulit jenis sensitif, kerana penggunaan tembikai pada wajah sesuai untuk semua jenis kulit.
Mesti Hijabi, dah tak sabar nak tau macam mana cara untuk membuat masker yang penuh dengan manfaat untuk kulit wajah ni kan?
Mudah saja sis kalau nak buat masker tembikai ni, sis hanya perlukan dua bahan yang ada di rumah sahaja, berikut Hijabista kongsikan langkah dan cara-cara penyediaan masker Tembikai berkenaan.
Bahan-bahan:
- 1/8 buah tembikai
- 2 sudu teh madu
Cara-cara:
- Hancurkan 1/8 buah tembikai menggunakan garpu. Jangan potong terlalu halus.
- Tambahkan 1 hingga 2 sudu teh madu dan kacau hingga sebati.
- Sapukan pada wajah dan leher secara menyeluruh.
- Biarkan selama 20 minit.
- Bilas wajah menggunakan air sejuk sehingga bersih.
- Selepas itu, sapukan pelembap yang sesuai dengan kulit anda.
Artikel berkaitan: Kurus Dengan Cara Mudah, Hanya Makan Tembikai Dalam Masa 7 Hari. Wow, Betul Ke?
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!


Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Pastinya ramai wanita yang amat menitikberatkan penjagaan wajah. Kadang-kadang dalam sebulan pasti habis banyak wang. Namun hijabi tahu tak dengan kos yang murah, anda pun boleh cantik! Bukan sahaja murah, malah buat sendiri sahaja di rumah.
Membersih wajah adalah salah satu aktiviti yang wajib dilakukan setiap hari untuk memastikan kulit wajah sentiasa sihat dan terhindar daripada pelbagai jenis masalah kulit seperti kusam, berminyak dan berjerawat.
Kulit cerah, licin tanpa cela menjadi idaman semua wanita. Bahkan, ramai yang sanggup berhabis duit pergi ke salon kecantikan atau menggunakan produk mahal untuk mendapatkan kulit yang ‘glowing’ dengan cepat. Namun hijabi tahu tak ada cara lain yang boleh anda cuba dengan bahan semulajadi untuk mendapatkan kulit yang berseri ni?
Artikel berkaitan: Sabun Betik Bersihkan Kotoran Di Muka, Ternyata Ia Skrub Semula Jadi!
Salah satu caranya adalah dengan eksfoliasi. Eksfoliasi membantu menanggalkan sel kulit mati dan pengumpulan kotoran lain yang boleh menyumbat liang roma dan menyebabkan jerawat, serta membantu kulit kelihatan lebih cerah dan licin.
Cara terbaik untuk eksfoliasi wajah adalah dengan skrub semulajadi. Kebanyakan orang menganggap kopi hanya sebagai minuman pagi, namun ia juga boleh digunakan sebagai bahan eksfoliasi.
Manfaat skrub kopi & gula
Menurut healthline, skrub kopi dan gula ialah cara terbaik untuk eksfoliasi dan membuat kulit jadi lembut dan licin. Kafein dalam kopi membantu menegangkan kulit, manakala gula membantu mengelupas sel kulit mati. Berikut adalah diantara manfaat scrub kopi dan gula:
-
Anti-penuaan
Scrub kopi dan gula ialah eksfoliasi semula jadi yang membantu menanggalkan sel kulit mati, menjadikan kulit lebih lembut dan licin, serta kedutan dan jeragat kurang kelihatan. Scrub gula kopi boleh membantu meningkatkan peredaran dan keanjalan kulit.
-
Mencerahkan kulit
Scrub gula kopi adalah cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang berseri. Penggunaan serbuk kopi, minyak dan gula secara konsisten boleh memperbaiki penampilan kulit anda dengan meremajakannya dan memberikannya cahaya segar.
-
Membaiki kerosakan yang disebabkan oleh sinaran UV
Kopi adalah sumber antioksidan yang kaya yang membantu melindungi kulit daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan kulit. Scrub gula kopi juga meningkatkan aliran darah dan membantu melindungi kulit yang rosak akibat matahari serta memperbaiki penampilan bintik-bintik gelap atau hiperpigmentasi.
-
Membantu menghilangkan stretch mark
Menggunakan scrub gula kopi untuk kesan regangan(stretch mark) mempunyai banyak manfaat. Kopi membantu menanggalkan sel kulit mati yang terkumpul pada kulit dan menjadikan kesan regangan kurang kelihatan.
Cara membuat skrub kopi dan gula
Bahan:
- 1/2 cawan serbuk kopi
- 1/2 cawan gula (gula perang atau gula pasir)
- 1/4 cawan minyak kelapa atau minyak zaitun
Campurkan semua bahan supaya tekstur scrub tidak terlalu kering dan tidak terlalu basah. Hijabi boleh memindahkan scrub ke bekas kedap udara dan simpan di tempat yang sejuk dan kering.
Seterusnya, gunakan scrub pada lengan, kaki dan muka anda sekali atau dua kali seminggu. Caranya, tuangkan 1-2 sudu besar scrub ke dalam tapak tangan. Urut perlahan-lahan dalam gerakan bulat selama 45-60 saat. Bilas apabila anda selesai.
Mungkin terdapat sisa berminyak pada kulit selepas itu. Anda boleh mencucinya dengan sabun, atau membiarkannya untuk membantu melembapkan kulit. Jangan lupa untuk menggosok kulit dengan berus kering terlebih dahulu karena ia akan mengeksfoliasi dan merangsang aliran darah serta membuat scrub menjadi lebih berkesan semasa anda menggunakannya.
Artikel berkaitan: Tak Mahal Sangat Pun! Ini Pilihan Skrub Yang Boleh Buat Wajah Anda Jadi Bersih Lagi Flawless
Sumber: Healthline
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!


Tak susah sebenarnya untuk jadi cantik. Bukan sahaja dengan cara mengamalkan petua tradisional, tetapi juga boleh dilakukan setiap kali mengamalkan Doa Nabi Yusuf supaya wajah tampil cantik dan berseri.
Doa ini boleh diamalkan sebaiknya selepas setiap kali bersolat.
ARTIKEL BERKAITAN: Ramadan Bulan Terbaik Untuk ‘Berubah’, Tapi Gusar Iman Turun Naik? Jadikan Doa Ini Sebagai Amalan!
Inilah Doa Nabi Yusuf
Supaya Wajah Tampil Cantik & Berseri..
Doa kecantikan untuk menaikan seri wajah atau muka daripada surah nabi yusuf. Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)
Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini.
Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah.. teruskan… Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh membentuk anak-anak (so that anak hormat kita sebagai ibu bapak mereka), keluarga dan sahabat handai taulan.
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
Maksud Surah Yusuf Ayat 4;
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
“Wa-alqaytu ‘Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna’ ‘Alaa ‘Ainii”
Maksudnya surah Thaahaa ayat 39.:
“Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu”
Caranya:
Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Perlu diketahui
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Doa Susah Makbul? Mungkin ‘Salah’ Caranya! Jom Perbetulkan
Setiap kali bertemu atau bersua dengan isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali..
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: FACEBOOK RUQYAH SUFI
Download seeNI sekarang!