Penyanyi dan pengacara Elly Mazlein dipilih sebagai duta raya 2026 bagi syarikat tekstil dan pakaian terbesar di Malaysia, Jakel.
Menerusi perkongsian di Instagram, Jakel berkongsikan mereka menyambut Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina yang berdepan dugaan hilang kontrak selepas berhijrah.
BACA: Selepas Dua Tahun, Elly Mazlein Tinggalkan Era FM
“Sebuah perjalanan baru bermula. Selepas melalui pelbagai dugaan dan kehilangan beberapa kontrak selepas berhijrah, Jakel tampil menyambut Kak Lina Pom Pom dengan penuh kasih dan penghargaan,” tulis Jakel.
Sementara itu, Elly turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Jakel kerana memberi peluang kepadanya serta akan memberikan yang terbaik sebagai duta jenama berkenaan.