Hilang Sabar, Tiada Persefahaman Punca Uqasha Senrose Fail Cerai

Hilang Sabar, Tiada Persefahaman Punca Uqasha Senrose Fail Cerai


Pelakon Uqasha Senrose mengejutkan ramai apabila hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini bagi sebutan pertama kes perceraiannya dengan Kamal Adli.

Memetik Utusan, peguam mewakili Uqasha berkata anak guamnya memfailkan perceraian kerana tiada persefahaman dan Kamal juga tidak melakukan sebarang usaha memujuk demi menyelamatkan rumah tangga.

BACA: Sakit Tekak, Uqasha Senrose Enggan Ditemu Bual Media

“Apa yang dimaklumkan oleh Uqasha, tiada sesi pujukan oleh Kamal. Saya tak pasti kalau sebaliknya.

“Apa yang boleh kami katakan, Uqasha sudah tidak boleh bersabar dan tiada persefahaman. Itu sahaja. Tapi kalau kata selepas ni ada jodoh, Alhamdulillah. Ini sahaja jawapan Uqasha,” katanya.

Menurut peguam lagi, Uqasha memfailkan cerai pada 1 Oktober lalu kerana sudah tidak tahan menghadapi pergolakan rumah tangga degan suaminya.

Difahamkan, Uqasha kini tidak lagi tinggal sebumbung dengan Kamal dan menetap di rumah ibunya.

Untuk rekod, Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira.

Sumber: Utusan






Source link

OR

Scroll to Top