Hilang Sumber Pendapatan, Nonny Nadhirah Terpaksa Kutip Dana Untuk Hidup

Hilang Sumber Pendapatan, Nonny Nadhirah Terpaksa Kutip Dana Untuk Hidup

Hilang Sumber Pendapatan, Nonny Nadhirah Terpaksa Kutip Dana Untuk Hidup


Pelakon dan penyanyi Nonny Nadhirah berkongsikan dia kini kehilangan segalanya termasuk perniagaan dalam talian yang diusahakannya.

Menerusi satu hantaran video di TikTok, Nonny berkata dia terpaksa meminta bantuan orang ramai bagi meneruskan kehidupan.

BACA: Nonny Nadirah Menari Tayang Baju Dalam Warna Merah

“Assalamualaikum, saya Nonny Nadirah, dari Malaysia. Kini saya ingin maklumkan, saya kehilangan segala-galanya dan susah untuk saya jelaskan sebenarnya.

“Pada tahun 2003, saya mulakan perniagaan dengan bermodalkan RM200. Bukan sebagai penyanyi atau pelakon tetapi hanya untuk bekerja dari rumah sahaja,” katanya.

Sementara itu, Nonny berkata kehidupannya turut berubah selepas menyatakan sokongan terhadap Palestin sehingga memberi kesan kepada hidupnya.

“Saya masih bekerja tapi disebabkan saya menyokong Palestine, mereka sekat semuanya. Kehidupan dan kerjaya sekali semuanya musnah. Jadi, dengan ini saya ingin mengutip dana kerana dengan cara ini sahaja saya boleh menampung kehidupan seharian saya,” katanya.

Perkongsian Nonny itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat buat pelakon itu serta ada yang memberikan nasihat kepadanya untuk kembali bekerja.






Source link

OR

Scroll to Top