Hilang tujuh tonggak, Bunga Raya tetap mekar di Asia 7s

Hilang tujuh tonggak, Bunga Raya tetap mekar di Asia 7s


Sebahagian aksi Malaysia menentang UAE dalam penentuan kelima keenam di Hangzhou. Foto Kesatuan Ragbi Malaysia

SKUAD ragbi tujuh sebelah (7s) lelaki negara, Bunga Raya menutup cabaran Siri 1 Kejohanan Ragbi Asia 7s dengan pencapaian keenam terbaik, meskipun kehilangan tujuh tonggak utama akibat kecederaan serius.

Pengendali pasukan, Nik Safuan Ismade Nik Man menyifatkan keputusan itu sesuatu yang boleh dibanggakan memandangkan persiapan pasukan agak terhad selain terpaksa berdepan cabaran getir setiap perlawanan.

“Alhamdulillah, prestasi keseluruhan amat memuaskan. Kita berjaya menamatkan Siri 1 di ranking keenam Asia walaupun kehilangan tujuh pemain utama yang terpaksa direhatkan buat sementara waktu,” katanya pada Ahad.

Dalam aksi penentuan kedudukan, Malaysia tunduk 17-26 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas terlebih dahulu menewaskan Taiwan 14-10 di suku akhir klasifikasi.

Pada saingan peringkat kumpulan di Hangzhou Normal University, skuad negara bermula cemerlang apabila menundukkan UAE 21-15 dan Uzbekistan 21-12.

Namun langkah Bunga Raya terhenti apabila dibenam 0-59 Hong Kong yang kemudiannya membelasah Jepun 31-12 di pentas final.

Ringkasan AI

  • Skuad ragbi tujuh sebelah lelaki negara, Bunga Raya, menutup cabaran dengan pencapaian keenam terbaik di Asia
  • Kehilangan tujuh tonggak utama akibat kecederaan serius
  • Pengendali pasukan merasa keputusan itu membanggakan memandangkan persiapan yang terhad
  • Malaysia kalah 17-26 kepada Emiriah Arab Bersatu selepas mengalahkan Taiwan 14-10
  • Menang lawan UAE 21-15 dan Uzbekistan 21-12 tapi kalah 0-59 kepada Hong Kong di peringkat kumpulan



Source link

OR

Scroll to Top