WASHINGTON – Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) berkata pada hari Rabu bahawa
Hirisan bawang yang digunakan oleh McDonald’s didakwa telah mencetuskan wabak e.Coli yang menyebabkan 90 orang sakit.
“Bawang segar yang dihiris dihidangkan dalam Quarter Pounders dan item menu lain dari McDonald’s kemungkinan menjadi punca wabak ini,” kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat.
Bawang ini dibekalkan oleh Taylor Farms.
Bagaimanapun, Taylor Farms telah menarik semula bekalan bawang yang dibekalkan kepada pengguna termasuk McDonald’s.
Restoran di negeri AS menarik balik sementara jualan burger daripada menu mereka bulan ini di tengah-tengah wabak e-Coli.
Bilangan orang yang sakit kini berjumlah 90 orang, termasuk 27 yang terpaksa dimasukkan ke hospital, dan seorang lelaki warga emas di Colorado meninggal dunia.
McDonald’s pada hari Ahad berkata, ia akan meneruskan penjualan hamburger Quarter Pounder selepas ujian untuk e.Coli kembali negatif.
Bakteria e.Coli menyebabkan kekejangan perut, cirit-birit dan muntah yang berlarutan selama tiga hingga empat hari. – Agensi