Cabaran Hon Jian–Haikal Nazri terhenti separuh akhir Terbuka Artik Super 500 di Energia Areena, Vantaa, Finland pada Sabtu.
RENTAK cemerlang beregu muda negara, Choong Hon Jian–Muhammad Haikal Nazri terhenti di pentas separuh akhir Terbuka Artik Super 500 selepas tewas kepada pasangan England, Ben Lane–Sean Vendy di Energia Areena, Vantaa, Finland, pada Sabtu.
Pasangan negara yang tidak disenaraikan sebagai pilihan itu terpaksa akur apabila tumpas 16-21, 23-25 dalam pertarungan 47 minit kepada beregu ranking ke-15 dunia tersebut yang menamatkan perjalanan epik mereka di kejohanan berprestij itu.
Sebelum kekalahan itu, gandingan nombor 47 dunia tersebut tampil garang apabila mencipta dua kemenangan sensasi ke atas beregu elit dalam laluan ke separuh akhir.
Mereka terlebih dahulu mengejutkan pasangan pilihan utama Denmark, Kim Astrup–Anders Skaarup Rasmussen, 23-21, 21-15 dalam tempoh 39 minit pada aksi suku akhir, Jumaat.
Lebih manis, sebelum itu Hon Jian–Haikal turut menunjukkan jalan keluar buat wakil China, Huang Di–Liu Yang, selepas menang tipis 23-21, 22-20 dalam aksi 50 minit.
Ringkasan AI
- RENTAK cemerlang beregu muda negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri terhenti di pentas separuh akhir Terbuka Artik Super 500
- Pasangan negara tewas kepada pasangan England, Ben Lane-Sean Vendy
- Kejohanan diadakan di Energia Areena, Vantaa, Finland
- Sebelum ini, mereka mengejutkan pasangan pilihan utama Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dan wakil China, Huang Di-Liu Yang di peringkat awal kejohanan
- Pencapaian ini menamatkan perjalanan epik mereka di kejohanan berprestij tersebut