Hon Jian, Haikal fokus cari semula rentak

Hon Jian, Haikal fokus cari semula rentak


Hon Jian dan Haikal Nazri. Foto Facebook BAM

BEREGU lelaki negara, Choong Hon Jian dan Muhammad Haikal Nazri mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada mendapatkan rentak permainan masing-masing selepas berehat sebulan akibat kecederaan.

Malah menurut Haikal gandingan ranking ke-19 dunia tidak mahu terlalu memberikan tumpuan kepada pemburuan slot kelayakan Kejuaraan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) apabila menyingkap cabaran Masters Korea Super 300 di Gimnasium Ikhsan pada awal November depan.

“Sebelum ke Terbuka China, kami memang letak sasaran untuk layak ke Jelajah Dunia Akhir BWF. Namun sekarang, saya beritahun Hon Jian agar jangan terlalu berharap.

“Saya juga beritahu dia adalah lebih baik kami cari rentak permainan semula kerana tahun depan terdapat banyak lagi kejuaraan seperti Terbuka Malaysia,” katanya ketika pemberita ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) pada Jumaat.

Sebagai rekod, gandingan muda negara itu sebelum ini terpaksa melupakan beberapa kejuaraan selepas Hon Jian mengalami kecederaan bahagian pinggul semasa sesi latihan September lalu.

Ditanya mengenai keadaan terkini Hon Jian, Haiqal berkata pemain itu sudah mula menjalani latihan penuh sejak dua minggu lalu.

Malah jelasnya dia bersama gandingannya tidak sabar kembali ke gelanggang akan berusaha memberikan aksi terbaik di Masters Korea.

“Sejujurnya saya memang tidak sabar menyertai kejohanan kerana sudah lama tidak beraksi sejak Terbuka China. Kami harap dapat memberikan yang terbaik,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top