HONOR Magic8 Pro sasar pengguna mahukan kesempurnaan

HONOR Magic8 Pro sasar pengguna mahukan kesempurnaan


MEMILIKI peranti pintar andalan sememangnya menjadi satu kemestian bagi penggemar teknologi canggih.

Dalam pasaran yang semakin kompetitif, persaingan antara jenama untuk menarik perhatian pengguna juga semakin sengit, terutama dalam segmen peranti andalan kelas premium. 

Hari ini, gelombang baharu bagi peranti pintar bertaraf andalan bermula di Malaysia apabila HONOR Magic8 Pro secara rasmi dilancarkan di pasaran tempatan.

Pelancaran ini bukan sahaja menarik perhatian media dan pengguna kerana harganya yang mesra poket, tetapi lebih utama, kerana ia menawarkan nilai kepenggunaan yang jauh lebih berbeza daripada jenama pesaing dalam segmen sama.

Bukan pengganti jenama pesaing

Presiden HONOR bagi Pasifik Selatan, Justin Li, secara terbuka menyatakan bahawa HONOR Magic8 Pro bukanlah direka bagi menggantikan jenama pesaing yang ada dipasaran memandangkan setiap jenama memiliki kekuatan tersendiri yang mewakili nilai terasnya bagi pengguna setia.

Sebaliknya, beliau menekankan ada segelintir pengguna yang menginginkan sebuah peranti dengan keupayaan fotografi profesional, sambungan yang stabil, ketahanan bateri yang padu, paparan yang selesa untuk mata serta kos penyelenggaraan yang lebih rendah.

Bagi memenuhi kehendak kumpulan pengguna ini, HONOR Magic8 Pro pastinya pilihan yang sempurna.

Keupayaan fotografi taraf profesional

Dari segi keupayaan fotografi, HONOR Magic8 Pro menunjukkan kehebatan mengagumkan.

Ia dibuktikan lagi apabila peranti ini dipilih sebagai Peralatan Fotografi Mudah Alih Pilihan Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Perkakasan kameranya mengagumkan, menampilkan kamera telefoto beresolusi 200MP dengan penstabilan CIPA 5.5 terkemuka dalam industri yang turut dilengkapi dengan lensa bersudut lebar berkualiti tinggi.

Ia turut diperkasakan dengan kamera depan beresolusi tinggi selain dikuasakan oleh tiga lensa utama yang membolehkannya beraksi dalam pelbagai senario termasuk fotografi malam, telefoto, makro dan potret.

Selain itu, ciri fotografi AI inovatif seperti ‘Magic Color’ yang menganalisis dan meniru gaya warna daripada mana-mana foto yang disukai pengguna secara pintar menyerlahkan lagi kreativiti pengguna.

Sambungan rangkaian lebih mantap

Dalam dunia berteraskan teknologi, sambungan rangkaian yang stabil kini menjadi sebuah keperluan asas. 

Bagi menangani cabaran ini, HONOR Magic8 Pro hadir dengan cip pemprosesan C1+ RF Enhancement yang dibangunkan sendiri oleh HONOR bagi prestasi sambungan yang lebih mantap.

Ia sekali gus meningkatkan keupayaan dan kestabilan pemprosesan isyarat secara signifikan selain menghasilkan peningkatan sehingga 15 peratus dalam prestasi Wi-Fi.

Digabungkan dengan struktur antena yang direka secara inovatif, ia mencapai peningkatan yang luar biasa sehingga 90 peratus dalam kekuatan penghantaran isyarat dan sehingga 108 peratus dalam sensitiviti penerimaan.

Ini bermakna, pengguna dapat menikmati sambungan rangkaian yang lebih stabil dan dipercayai sama ada di kawasan berisyarat lemah seperti di dalam lif dan garaj bawah tanah atau di tempat sesak seperti pusat membeli-belah dan pengangkutan awam.

Ia justeru memberikan pengguna kemudahan untuk terus berhubung dan berkomunikasi tanpa sebarang gangguan.

Prestasi bateri unggul

Masalah prestasi bateri adalah kebimbangan biasa bagi pengguna telefon pintar.

Namun, HONOR Magic8 Pro menawarkan penyelesaian unggul menerusi Bateri Silikon Karbon 7100mAh yang besar. 

Walaupun untuk pengguna tegar, ia boleh bertahan sepanjang hari.

Walaupun ada peranti daripada jenama pesaing dengan bateri berkapasiti yang lebih besar, ia masih tidak setanding dengan kapasiti yang ditawarkan HONOR. 

Perbezaan ini lebih ketara dalam kelajuan pengecasan. 

HONOR Magic8 Pro menyokong pengecasan berwayar HONOR SuperCharge 100W dan HONOR SuperCharge  80W yang mampu mengecas peranti sepenuhnya tanpa wayar dalam masa sejam. 

Berbanding peranti jenama pesaing, HONOR benar-benar memberikan gabungan bateri yang lebih besar dan keupayaan mengecas yang lebih pantas.

Ketahanan lebih padu

HONOR Magic8 Pro menetapkan penanda aras baharu dalam industri untuk ketahanan. 

Ia menggunakan teknologi perlindungan skrin NanoCrystal Shield, yang menawarkan 10 kali lebih baik ketahanan jatuh dan kejutan selain menerima penarafan SGS 5-Star Drop Resistance.

Lebih mengagumkan, ia mempunyai penarafan ‘full-range’ IP68, IP69 dan IP69K untuk rintangan debu dan air yang membolehkannya berfungsi dalam persekitaran berbeza.

Tahap perlindungan ini jauh mengatasi penarafan IP68 jenama pesaing.

Ketenangan tanpa kompromi

Selain daripada keunggulan peranti, HONOR turut menawarkan ketenangan fikiran buat pengguna selepas melakukan pembelian. 

Ia termasuklah perkhidmatan waranti percuma yang meliputi perlindungan kerosakan depan dan belakang akibat kemalangan selama 365 hari, waranti kerosakan akibat cecair selama setahun dan waranti lanjutan selama setahun.

Daripada perlindungan perkakasan terbaik hingga perkhidmatan selepas jualan yang komprehensif, HONOR Magic8 Pro memberikan pengalaman kepenggunaan yang benar-benar mengagumkan tanpa memerlukan pembayaran tambahan.

Pilihan lebih sempurna

Menerusi pelancaran HONOR Magic8 Pro, HONOR sebenarnya mengambil pendekatan strategik di pasaran peranti andalan Malaysia.

Berbanding dilihat sebagai jenama yang ingin menggantikan jenama pesaing, ia sebaliknya menawarkan pilihan yang lebih sempurna dan menarik bagi pengguna yang mengutamakan pengalaman premium tertentu.

Miliki HONOR Magic8 Pro dan rasai gelombang baharu bagi peranti pintar bertaraf andalan hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top