KEMAJUAN teknologi kamera mudah alih kini membolehkan pengguna mendapatkan pengalaman fotografi berkualiti tinggi tanpa lagi perlu membawa kamera profesional yang berat.
Kehadiran telefon pintar bertaraf andalan kini mula mengubah landskap tersebut.
Jenama penyedia peranti pintar terkemuka, HONOR, menjadi antara pencetus utama perubahan ini.
Pengguna kini semakin yakin untuk tidak lagi bergantung kepada kamera profesional bagi mendapatkan hasil yang setanding terutama apabila mereka memiliki HONOR Magic8 Pro.
Dengan keupayaan kamera bertaraf profesional pada peranti bertaraf andalan, HONOR Magic8 Pro diyakini memenuhi kehendak pengguna masa kini yang mementingkan keupayaan fotografi sempurna dalam kehidupan seharian.
Terbaharu, HONOR Magic8 Pro diumumkan sebagai Peranti Fotografi Mudah Alih Terpilih bagi Tahun Melawat Malaysia 2026. Ia menjadi satu pengiktirafan besar terhadap keupayaan fotografi peranti ini.
Pengumuman ini sekali gus mengesahkan reputasi HONOR Magic8 Pro sebagai antara telefon pintar dengan sistem kamera paling canggih, dipacu oleh kanta Telefoto Malam Ultra 200MP yang menjadi tunjang kepada ketajaman dan kejelasan gambarnya.
Melalui kerjasama ini, HONOR Magic8 Pro akan digunakan bagi memotretkan keindahan dan kepelbagaian budaya Malaysia dari lensa jurugambar profesional serta peminat fotografi seluruh negara.
Bukan sekadar rakaman gambar biasa, tetapi visual yang dirakam dari perspektif jurugambar profesional serta peminat fotografi yang sentiasa mencari hasil terbaik.
Kerjasama ini sekali gus memperkukuh misi HONOR dalam memperkasa kreativiti dan mempromosikan keaslian visual melalui penghasilan gambar berkualiti tinggi.
Ia juga seiring dengan aspirasi Tourism Malaysia dalam menonjolkan imej negara sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Kualiti kamera tanpa kompromi
Menerusi pengumuman ini juga, HONOR turut membawakan siri pertama gambar yang dirakam sepenuhnya menggunakan HONOR Magic8 Pro.
Ia menampilkan pelbagai tema termasuk pemandangan bandar yang dinamik, mercu tanda ikonik, bangunan bersejarah serta keindahan warisan budaya tempatan.

Setiap gambar yang diambil membuktikan bagaimana teknologi fotografi HONOR berupaya menghasilkan warna, kontras dan butiran luar biasa menerusi komponen pengimejan bertaraf profesionalnya.
Keupayaan Magic8 Pro bukan sahaja terletak pada megapiksel tingginya, tetapi bagaimana HONOR mengoptimumkan setiap komponen fotografi untuk menghasilkan pengalaman menyeluruh.
Ciri penstabilan imejnya antara yang terbaik dalam industri, manakala sistem pengimejan berkuasa AI memastikan gambar tampak semula jadi dan konsisten.
Bagi mereka yang mengutamakan fotografi malam, HONOR Magic8 Pro menawarkan ketajaman yang sukar ditandingi peranti dalam kelasnya.
Dalam erti kata lain, ia memberikan pengguna pengalaman fotografi setaraf profesional tanpa perlu membawa peralatan berat.
Kolaborasi 50 jurugambar
Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini juga, HONOR turut mengumumkan jemputan kepada 50 jurugambar dari seluruh negara untuk menyertai projek eksklusif bagi merakam mercu tanda, tradisi serta detik harian masyarakat yang mencerminkan semangat Malaysia.
Hasil karya terpilih kemudiannya akan dipaparkan di platform rasmi HONOR dan Tourism Malaysia sebagai salah satu usaha memperkenalkan identiti negara di mata dunia.
Menggabungkan keupayaan kamera bertaraf profesional dengan prestasi peranti flagship, HONOR Magic8 Pro menawarkan pengalaman fotografi yang menepati keperluan pengguna moden yang mahukan hasil sempurna setiap hari.
Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic8 Pro dan bagaimana untuk menyertai projek eksklusif HONOR, layari laman rasmi rasmi HONOR Malaysia hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd





