saufi@mediaprima.com.my
Jenama teknologi terkemuka, Honor melancarkan peranti pintar baharu iaitu Honor X9c 5G yang dikuasakan dengan cip Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1.
Pada masa sama, Honor turut melancarkan peranti Honor X7c dengan penawaran Harga lebih rendah.
Menyentuh aspek spesifikasi, peranti Honor X9c menggunakan skrin paparan OLED 1.5K dengan saiz skrin 6.78 inci Bersama sokongan kadar segar semula 120Hz.
Peranti ini turut didatangkan dengan keupayaan memori (RAM) 12GB bersama-sama padanan storan 512GB UFS 3.1 dan sistem operasi MagicOS 8.0 berasaskan kepada Android 14.
Sesuai dengan peranti era Kecerdasan Buatan (AI), ia turut didatangkan dengan ciri khusus antaranya Pemadam AI, Penderiaan Gerakan AI, ‘Magic Capsule’, ‘Magic Portal’, ‘Parallel Space’ dan mod Privasi Kabur AI untuk pengguna.
Menerusi penetapan kamera, Honor X9c ini dilengkapi dengan lensa Utama 108 megapiksel (MP) bersama lensa 5MP sudut ultra lebar dan swafoto 16MP sekali gus menghasilkan gambar yang berkualiti.
Pada masa sama, peranti berkenaan dilengkapi dengan pengimbas cap jari dan pengiktirafan kalis air IP65M.
Tanda Harga untuk peranti ini bermula RM1,499 serta pra tempahan bermula hari ini sehingga 14 November.
Sementara itu, bagi pengguna yang mencari peranti mampu milik, Honor X7c dilengkapi dengan penetapan kamera 108MP dengan sensor 2MP kedalaman dan swafoto 8MP.
Tanda harga untuk peranti ini adalah RM699 dan didatangkan dengan dua warna iaitu Forest Green dan Midnight Black.
#kw Honor
Tamat
© New Straits Times Press (M) Bhd