KUALA LUMPUR: Jenama telefon pintar HONOR hari ini melancarkan telefon pintar terbaharunya, HONOR X9c 5G yang dinanti peminat teknologi di seluruh negara.
Peranti ini menggabungkan pelbagai ciri canggih dengan tahap ketahanan luar biasa, menjadikannya pilihan utama dalam pasaran telefon pintar kelas pertengahan.
Dengan pelbagai peningkatan, HONOR X9c 5G menjanjikan prestasi cemerlang yang mengatasi model sebelumnya.
Ketahanan tiga tahap ultra kukuh
HONOR X9c 5G memperkenalkan Teknologi HONOR Ultra-Bounce Anti-Drop 2.0, memberikan kelebihan kepada ciri kalis jatuh yang hebat daripada ketinggian sehingga 2 meter.
Teknologi ini menampilkan peningkatan sebanyak 90 peratus dalam perlindungan bahan penyerap hentakan dan peningkatan sebanyak 67 peratus daripada segi keanjalan sambil menawarkan perlindungan kepada papan induk dan modul kamera.
Peranti pintar ini juga dilengkapi dengan kaca waja dua lapisan super dan perisai perlindungan, memberikan perlindungan menyeluruh daripada calar.
Kalis air, debu
Selain itu, HONOR X9c 5G juga direka untuk melindungi daripada pelbagai elemen, menawarkan perlindungan menyeluruh daripada air dan debu dengan struktur kalis air tiga lapisan dan penarafan IP65M.
Penarafan ‘M’ ini menunjukkan keupayaan unik peranti untuk menahan keadaan terdedah kepada air semasa bergerak bagi memastikan ia boleh bertahan daripada percikan air dan berfungsi dengan lancar selepas direndam sehingga 5 minit pada kedalaman 25cm.
Pengguna juga masih boleh menggunakan HONOR X9c 5G dengan lancar walaupun tangan dalam keadaan basah atau berminyak.
Bateri karbon silikon ultra besar
Seterusnya, HONOR X9c 5G juga dilengkapi bateri karbon silikon 6,600mAh yang terbesar dalam industri dan memperoleh Label Bateri Emas 2025 daripada DXOMARK.
Ia juga menyokong pengecasan pantas 66W bagi membolehkan pengguna mengecas semula peranti dengan cepat.
Dengan sekali pengecasan, pengguna boleh menikmati penstriman muzik selama 48.4 jam dan 25.8 jam untuk menonton video dalam talian.
Teknologi AI termaju membolehkan HONOR X9c 5G bertahan sehingga 50 minit untuk panggilan berterusan ketika tahap bateri hanya dua peratus.
HONOR Magic AI
HONOR X9c 5G memberikan pengalaman pengguna yang lancar dan pintar dengan pelbagai ciri inovatif, termasuk Magic Portal, AI Eraser, Magic Capsule, AI Blur Private Info dan Parallel Space yang dikuasakan oleh MagicOS 8.0 berasaskan Android 14.
Seperti sedia maklum, Magic Portal dapat membantu pengguna mengakses aplikasi sistem yang relevan, manakala AI Eraser membolehkan penghapusan elemen tidak diingini dalam gambar secara manual atau automatik.
Ciri Magic Capsule meningkatkan pengalaman pengguna dengan memperluas notifikasi di bahagian atas skrin dengan satu sentuhan, membolehkan akses cepat ke maklumat tambahan tanpa perlu menukar aplikasi serta memudahkan multitugas sementara AI Blur Private Info melindungi maklumat sensitif dalam gambar dengan mudah.
Di samping itu, Parallel Space membolehkan pengurusan data peribadi dan kerja dengan selamat melalui pengendalian dua aplikasi secara berasingan.
Pengalaman yang dipertingkatkan
HONOR X9c 5G juga dilengkapi dengan paparan OLED 6.78 inci yang menyokong 1.07 billion warna dan resolusi 1.5K, menjamin pengalaman tontonan yang lebih imersif.
Dengan kadar segar semula 120Hz, paparan ini memberikan pergerakan yang lancar dan tindak balas yang dipertingkatkan.
Ciri keselesaan mata termasuk Pemalapan PWM Bebas Risiko 3840Hz, Paparan Malam Sirkadia dan Pemalapan Dinamik.
Bukan itu sahaja, HONOR juga memperkenalkan sistem pembesar suara berkembar yang lebih kuat, menawarkan bunyi sehingga 300 peratus, lebih baik daripada model sebelumnya.
Untuk ciri fotografi, kamera utama 108MP dengan pengesan besar 1/1.67 inci memastikan gambar yang lebih jelas dan cerah.
Penstabilan Imej Optik (OIS) membantu mengurangkan kekaburan, sementara ciri-ciri AI memudahkan suntingan gambar secara langsung pada peranti ini.
Dengan berat hanya 189g dan ketebalan 7.98mm, HONOR X9c 5G tampil dengan kemasan titanium yang bergaya serta tiga varian warna menarik seperti Titanium Purple, Jade Cyan dan Titanium Black.
Pra-tempah sekarang
HONOR X9c 5G kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia sehingga 14 November 2024.
Terdapat dua pilihan storan iaitu 256GB dan 512GB, masing-masing boleh didapati pada harga RM1,499 dan RM1,699.
Dengan setiap pembelian HONOR X9c 5G, pembeli berpeluang untuk menikmati hadiah bernilai istimewa berjumlah RM1,486.
Antaranya ialah, jaminan tiga tahap yang pertama dalam industri, yang merangkumi penggantian retak depan dan belakang selama 365 hari, meliputi paparan dan pelindung belakang.
Selain itu, terdapat juga penggantian satu sama satu selama 180 hari untuk masalah perkakasan serta jaminan bateri selama 36 bulan yang membolehkan penggantian bateri jika kesihatan bateri jatuh di bawah 80 peratus dalam tempoh tiga tahun.
Pakej ini juga merangkumi jam pintar HONOR Choice Haylou Watch, bersama rebat segera sebanyak RM99.
Pra-tempahan boleh dibuat melalui HONOR Official Store, Lazada, Shopee, Harvey Norman, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.
Tidak ketinggalan, HONOR X7c 4G juga akan tersedia di kedai mulai 15 November 2024 ini.
Ia direka untuk pengguna yang mementingkan bajet tetapi mahu prestasi yang baik dan dilengkapi dengan RAM 16GB termasuk HONOR Turbo RAM 8GB serta storan sebanyak 256GB.
Peranti ini juga datang dengan hadiah percuma bernilai RM299 iaitu penggantian retak depan dan belakang selama 365 hari, sah sehingga 15 Disember 2024, selagi stok masih ada.
HONOR X9c 5G dan HONOR X7c 4G menetapkan standard baru dalam dunia telefon pintar dengan pelbagai ciri inovatif pada harga yang berpatutan.
Dengan pelbagai hadiah percuma yang menarik, kedua-dua peranti ini pasti menjadi pilihan utama pengguna Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi HONOR Malaysia.
© New Straits Times Press (M) Bhd