Hotel TEEDO tawar harga ‘mesra bajet’

Hotel TEEDO tawar harga ‘mesra bajet’


KUALA LUMPUR – Hotel TEEDO yang berada di tengah ibu negara menawarkan pemandangan bangunan kedua tertinggi di dunia, Menara Merdeka 118 dengan harga  ‘mesra bajet’ kepada pengunjung.

Pemilik hotel TEEDO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkata, hotel yang terletak di bangunan Pudu Sentral itu akan mula beroperasi pada pertengahan November ini.

“Dulu dikenali sebagai hotel Ancasa Express dan mempunyai hampir 80 peratus pengunjung tapi ditutup selama dua tahun akibat pandemik Covid 19. Kini kita mengambil alih dengan jadikannya Hotel TEEDO.

“Sebelum ini, kawan ada bagi tahu hotel ini nak dipajakkan dan kami fikir apa salah mencubakan dan alhamdulilah dengan kerjasama Uda Holdings Berhad dan rakan biaya, SME Bank semuanya dipermudahkan.

“Cabaran pastinya ada tidak kira dalam apa jua jenis perniagaan tapi kita perlukan komitmen yang tinggi untuk memastikan Hotel TEEDO ini dikenali ramai dan menerima pengunjung yang tinggi,” katanya pada pemberita.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis dan Pengarah Komunikasi dan Pemasaran Hotel Teedo, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid membuat gimik Pra Pelancaran Hotel Teedo di Pudu Sentral, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 26 OKTOBER 2024.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid merasmikan Majlis Pra-Pelancaran Hotel TEEDO turut dihadiri Timbalan Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Sri Ramanan Ramakrishnan.

Tambah Nurulhidayah untuk peringkat awal pembukaan, pihaknya menyasarkan sebanyak 60 peratus pengunjung akan menginap di Hotel TEEDO dengan pelbagai tawaran yang akan disediakan.

“Kita juga mengambil masa hampir setahun untuk proses penambaikan yang menyeluruh bagi memberi pengalaman percutian yang selesa kepada pengunjung dan pelancong.

“Jumlah keseluruhan kos untuk hotel ini menjangkau sehingga RM5 juta daripada SME Bank tetapi kita banyak lakukan penjimatan dengan membuat renovasi sendiri oleh suami saya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff ,” ujarya.

Pengarah Komunikasi dan Pemasaran Hotel Teedo, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berucap pada Pra Pelancaran Hotel Teedo di Pudu Sentral, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 26 OKTOBER 2024.

Beliau juga memaklumkan, Hotel TEEDO ini menawarkan sebanyak 168 buah bilik dengan 88 daripadanya memiliki bertaraf lima bintang dengan pemandangan bangunan ikonik Merdeka 118.

“Ramai kata harga hotel kita sangat murah yang bermula dari RM150 hingga RM280 dan sesuai pelancong dalam serta luar negara yang mencari penginapan murah di tengah Kuala Lumpur.

“Dari lokasi hotel ini dengan jarak 500 meter, pengunjung boleh menerokai tarikan popular seperti pasar Jalan Petaling yang meriah dan terkenal dengan syurga makanan dan cenderamat.

“Bukan itu sahaja, mereka juga boleh berjalan kaki selama 10 minit ke Bukit Bintang dan beberapa tempat yang ikonik di sekitar hotel,” ujarnya.

Hotel Teedo yang terletak di bangunan Pudu Sentral menawarkan lokasi yang strategik, keselesaan dan kebersihan pada 168 bilik tidur ketika di Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 26 OKTOBER 2024.

Malah katanya, setiap bilik dilengkapi dengan keperluan moden seperti Wi-Fi berkelajuan tinggi secara percuma, TV skrin rata dan penyaman udara, yang pastinya memberikan merasai pengalaman yang selesa dan berbaloi.

Mengenai gesaan pengusaha hotel menyelaraskan semula masa daftar masuk dan keluar sekurang-kurangnya 23 jam sehari, Nurulhidayah berkata, pihaknya tiada sebarang isu berhubung perkara itu.

Bahkan hotel berkenaan mengekalkan waktu daftar masuk jam 2 petang dan keluar pada pukul 12 tengah hari. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top