Houthi dakwa tembak tiga kapal pemusnah AS di Laut Merah

Houthi dakwa tembak tiga kapal pemusnah AS di Laut Merah


KAHERAH – Pejuang Houthi mendakwa serangan yang dilakukan di Laut Merah hari ini mengenai tiga kapal pemusnah tentera laut Amerika Syarikat (AS).

Jurucakapnya, Yahya Saree berkata, pihanya menggunakan 23 peluru berpandu balistik dan dron dalam serangan tersebut.

Katanya, ketiga-tiga kapal pemusnah itu dalam perjalanan untuk membantu Israel.

Beliau menyifatkan kejayaan tersebut sebagai operasi terbesar dilakukan sejak pencerobohan Israel ke atas Gaza pada Oktober lalu.

Sementara itu, Saree menyatakan pejuang Houthi telah melaksanakan dua operasi ketenteraan yang menyasarkan bandar Jaffa dan Ashkelon dengan menggunakan peluru berpandu Palestin-2 dan sebuah dron.

Menurutnya, operasi akan diteruskan sehingga Israel menamatkan pencerobiohan di Gaza dan Lubnan.

Sejak 7 Oktober lalu, seramai 41,500 penduduk Palestin dibunuh tentera Israel manakala lebih 96,000 orang cedera. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top