Howe masuk hospital sebelum jumpa Man United

Howe masuk hospital sebelum jumpa Man United


London: Pengurus Newcastle, Eddie Howe tidak akan bersama pasukan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Manchester United malam esok selepas dimasukkan ke hospital.

Juara Piala Liga itu memaklumkan bahawa Howe, 47, dimasukkan ke hospital pada Jumaat namun berada dalam keadaan sedar.

“Ketua jurulatih The Magpies dimasukkan ke hospital lewat malam Jumaat selepas tidak sihat selama beberapa hari,” kata Newcastle dalam satu kenyataan.

“Petugas perubatan mengekalkan Eddie di hospital untuk semalaman bagi menjalani beberapa ujian lanjut yang masih diteruskan. Beliau kini sedar, berbual dengan keluarga dan sedang menerima rawatan pakar.

“Semua warga Newcastle United mengucapkan semoga Eddie cepat sembuh,” kata kenyataan itu lagi.

Penolong jurulatih, Jason Tindall, dan jurulatih Graeme Jones akan mengambil alih tugas mengendalikan pasukan menentang Red Devils dalam perlawanan penting Newcastle untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Newcastle kini berada di tangga ketujuh dalam carta Liga Perdana, namun boleh melonjak ke tangga ketiga jika menang dalam dua perlawanan yang masih berbaki.

Kedudukan lima teratas sudah mencukupi untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan berikutan prestasi cemerlang kelab-kelab Inggeris dalam saingan Eropah yang memberi satu slot tambahan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top