am@hmetro.com.my
Kota Bharu: Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sedang mengesan waris kepada pesakit lelaki lingkungan usia 70-an yang kini dirawat di Wad Puteri hospital itu.
Seksyen Perhubungan Awam HRPZ II dalam kenyataan hari ini berkata, warga emas itu dikenali sebagai Ibrahim Mohamad dijumpai di Masjid Chempaka Tanjung Mas di sini.
Pihak hospital bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri sudah mengesan waris dalam sistem, namun tiada rekod yang ditemui.
“Sehubungan itu, pihak HRPZ II memohon waris atau orang ramai yang mengenali pesakit supaya tampil memberikan maklumat dengan hadir ke hospital atau menghubungi Seksyen Perhubungan Awam di talian 09-7452000,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd