HSIJB kesan waris lelaki koma selepas kemalangan di Pasir Gudang

HSIJB kesan waris lelaki koma selepas kemalangan di Pasir Gudang


am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Hospital Sultan Ismail Johor Bahru (HSIJB), Johor sedang mengesan waris kepada seorang lelaki yang kini tidak sedarkan diri selepas terbabit kemalangan pada 27 November lalu.

Pengarahnya, Dr Zuraini Zainal berkata, pesakit berkenaan adalah seorang penunggang basikal yang dilanggar oleh sebuah kereta dan keadaannya masih koma serta memerlukan perhatian rapi.

Menurutnya, pesakit yang tidak diketahui nama dan maklumat kad pengenalannya terbabit kemalangan di Jalan Tanjung Puteri 1, Tanjung Puteri Golf & Resort, Pasir Gudang (laluan jalan Tanjung Langsat menghala ke Pasir Gudang).

“Pesakit kini berada di Wad 06A, HSIJB. Sehubungan itu, pihak hospital memohon kerjasama saudara-mara atau mana-mana individu yang mengenali pesakit atau warisnya untuk tampil memberikan maklumat.

“Ia boleh disalurkan dengan menghubungi Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Sultan Ismail Johor Bahru Noratikah Mohd Seri di talian 07 – 3565000 sambungan 2305,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top