HSN platform barakan gaya hidup aktif

HSN platform barakan gaya hidup aktif


Sambutan HSN pada Sabtu ini dijangka lebih meriah dengan penyertaan pelbagai lapisan anggota masyarakat. FOTO: AGENSI

HARI Sukan Negara (HSN) yang bakal disambut Sabtu ini bukan sekadar beriadah, sebaliknya membawa makna yang lebih besar kepada rakyat negara ini.

Malah dijangka menjadi detik bersejarah buat tuan rumah, Perak yang bakal menarik kunjungan lebih 300,000 warga negeri itu serta 5.2 juta peserta pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara.

Acara kemuncak tersebut dijadual berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh dan bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Sambutan HSN pada Sabtu ini dijangka lebih meriah dengan penyertaan pelbagai lapisan anggota masyarakat. FOTO: AGENSI

Sambutan HSN pada Sabtu ini dijangka lebih meriah dengan penyertaan pelbagai lapisan anggota masyarakat. FOTO: AGENSI

“HSN merupakan platform penting untuk membina masyarakat yang lebih sihat, bersatu padu, dan bersemangat. Malah ia juga menjadi medan dalam pembinaan komuniti dan mempromosi gaya hidup sihat.

“Sukan juga mampu membentuk masa depan yang lebih baik sejajar dengan aspirasi negara ke arah kesejahteraan semua rakyat Malaysia,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Charles Brewer.

HSN 2025 menawarkan pelbagai aktiviti sukan secara percuma termasuk berbasikal, larian, berjalan, ‘street soccer’, memanah, gusti lengan, ‘frisbee’, lompat tali, ‘cup stacking’ dan banyak lagi.

Empat acara utama turut disediakan iaitu Kayuhan Madani sejauh 35 kilometer (km), Larian Ria Madani (5km), Berjalan Ria Madani (3.5km) serta program 1,500 langkah sempena Hari Berjalan Sedunia.

Sebagai rekod, selepas lebih sedekad penganjuran HSN di Lembah Klang, Perak menjadi negeri pertama dipilih sebagai tuan rumah program berprestij tersebut.

Ringkasan AI

  • Hari Sukan Negara disambut Sabtu ini dengan makna lebih besar kepada rakyat negara ini
  • Perak tuan rumah, tarik kunjungan lebih 300,000 orang serta 5.2 juta peserta dari seluruh negara
  • Acara kemuncak di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, disempurnakan oleh Perdana Menteri dan Menteri Belia dan Sukan
  • HSN platform penting untuk masyarakat sihat, bersatu, bersemangat, dan promosi gaya hidup sihat
  • Tawarkan pelbagai aktiviti sukan percuma dan empat acara utama seperti Kayuhan Madani dan Larian Ria Madani



Source link

OR

Scroll to Top